Lupa angkat takbir lima kali rakaat kedua hampir ke semua jemaah lebih kurang 3,000 terpaksa melakukan semula solat Aidilfitri.
Kejadian terkhilaf imam masjid di Jerantut berlaku kira-ira 8.45 pagi untuk menunaikan sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut.
Imam mengakui kejadian itu sebaik memberi salam dan mahu mengulangi solat sunat itu buat kali kedua pada jam 8.55 pagi.
Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam berkenaan.
“Baguslah, imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini, ” katanya.
Seorang lagi jemaah, Rosman Hashim berkata, ketika berlaku kekhilafan itu, imam tersebut meneruskan sehingga ke tahiyat akhir dan memberi salam.
“Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini. Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini, “katanya.
Selesai khutbah, kira-kira 500 kanak-kanak bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid terbabit.
Baca juga: Malam raya 13 bandar di Arab Saudi dihiasi percikan bunga api