Lupakan kelainan fahaman raikan Hari Kemerdekaan, kata Mahathir

Lupakan kelainan fahaman raikan Hari Kemerdekaan, kata Mahathir

 

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat negara ini melupakan sejenak perbezaan fahaman sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-60 tahun ini.

Menerusi video pendek berdurasi 2 minit itu beliau menyatakan dengan usia kemerdekaan 60 tahun negara  ia boleh disebut sebagai meraikan “Jubli Intan” kemerdekaan negara.

“Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-60. Ia adalah satu tarikh yang amat bermakna kepada kita.

“Kalau di dalam bahasa Inggeris disebut ‘Diamond Jubilee’  (Jubli Intan). Kita bersama-sama harus melupakan kelainan fahaman antara kita dan kita sambut hari merdeka sebagai rakyat negara Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha pada Jumaat ini khusus kepada umat Islam di negara ini.

{loadposition myposition} Beliau turut mengucapkan taniah kepada atlet negara yang berjaya memungut emas terbanyak negara dalam acara Sukan Sea 2017 kerana memperoleh 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa daripada 884 atlet negara.

“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua rakyat negara ini yang  beragama Islam.

“Dan saya juga ucapkan taniah kepada atlet kita yang telah mencapai kejayaan yang  amat baik dalam Sukan Sea ini. Kami mengikuti segala perlawanan diadakan dan memberi sokongan penuh kepada atlet kita.

“Pada kami mereka adalah  atlet Malaysia tanpa mengambil kira kaum, agama dan fahaman lain. Atlet kita sudah capai matlamat 111 emas dan lebih,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS