Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline

Lupakan PPSMI, perkasakan bahasa Inggeris, saran Pemuda AMANAH

SITI NUR ZAWANI MISCONJuly 17, 2019 1:00 am




Pemuda AMANAH Nasional berpendapat hasrat kerajaan untuk mengembalikan Program Pengajian Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan langkah yang mengundur ke belakang.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata hasrat yang dilontarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu bakal menjejaskan pelajar-pelajar khususnya di luar bandar, sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini.

“Jika idea besarnya mahu mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, fokus yang mungkin wajar diberikan perhatian adalah penambahbaikan kurikulum dan kaedah pengajaran bahasa berkenaan di sekolah-sekolah.

“Jika perlu, setelah kajian dan penelitian terperinci dibuat, wujudkan pula subjek Bahasa Inggeris Komunikasi sebagai pelengkap kepada subjek sedia ada.

“Apa pun, kesemua itu perlu kepada kajian menyeluruh, bukan sekadar mengulangi dasar-dasar lama,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shazni, segmen pendidikan merupakan penentuan kepada hala tuju generasi akan datang dan tidak harus dilihat mudah.

Katanya, zaman kerajaan tahu segalanya juga sudah berlalu dan perbincangan khusus antara tokoh pendidikan perlu dilakukan untuk penambahbaikan dasar pendidikan dalam negara.

“Pemuda AMANAH menyeru agar dilakukan perbincangan khusus melibatkan tokoh-tokoh pendidikan negara untuk sebarang pindaan atau penambaikan kepada dasar pendidikan ketika ini. Kita menerima bahawa zaman kerajaan tahu segalanya telah berlalu.

“Justeru penting agar segmen pendidikan iaitu juzuk paling penting dalam menentukan halatuju generasi mendatang tidak ditanggap secara mudah, ibarat menyiapkan semangkuk ‘mee segera’,” ujarnya.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamas berkata, Kementerian Pendidikan sedang mengkaji secara terperinci mengenai pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dr. Mahathir berkata, kajian tersebut adalah dengan melibatkan penyediaan sistem baharu yang menggunakan pengajaran melalui teknologi maklumat (IT).

sistem baharu itu katanya, adalah pengajaran yang direkod oleh guru terbaik yang akan digunakan disemua sekolah.
”
Ia supaya kecekapan guru yang terbaik dapat dinikmati semua murid dan penuntut, dengan cara ini, semua penuntut akan capai hasil yang hamir sama,” katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dr. Mahathir menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap PPSMI.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production