Malaysia Dateline

Lynas kena terima hakikat Malaysia ditadbir kerajaan baharu, kata Fuziah

Lynas Corporation Ltd harus menerima hakikat bahawa kerajaan Malaysia sudah berubah dan tidak berfungsi dengan cara yang sama seperti kerajaan dahulu.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, Lynas perlu mematuhi keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya cara bagaimana mereka perlu menangani sisa radioaktifnya.

“Mereka perlu menerima bahawa kerajaan kita telah berubah dan mereka tidak dapat boleh lagi melakukan mengikut sesuka hati sama seperti yang mereka lakukan dengan kerajaan terdahulu.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh
Fuziah Salleh

“Mereka perlu mematuhi arahan kerajaan Malaysia dalam menguruskan sisa radioaktif,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Makanan Bank anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek di sini hari ini sepertyi dipetik MG.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah di Parlimen semalam yang memberitahu, kementeriannya telah membentuk pasukan petugas khas untuk membantu Lynas dalam mengeluarkan sisa pembersihan air Leach (WLP) dari Malaysia.

Katanya, kementerian juga memaklumkan kepada pihak berkuasa Australia melalui surat rasmi bertarikh 26 Februari.

Langkah itu, jelas beliau, adalah sebagai pemakluman kepada Canberra bahawa perbadanan itu perlu menghantar semula WLP ke Australia dan juga mempercepat proses Lynas mendapat persetujuan daripada kerajaan Australia bagi tujuan itu.

Dalam pada itu, ketika diminta memngulas mengenai tarikh akhir Lynas untuk mengeksport stok sisa dari kilang pemprosesannya menjelang 2 September depan ke negara asal apabila lesennya perlu diperbaharui Fuziah berkata, jika perlu ada sambungan kepada tarikh akhir, ia bergantung kepada pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Bagaimanapun, sebagai Ahli Parlimen Kuantan, saya cadangkan agar Lynas tidak meningkatkan sisa radioaktif daripada jumlah yang ada.

“Mereka tidak boleh dibenarkan menghasilkan lebih banyak bahan buangan sehingga bahan sedia ada dihantar kembali ke negara asal,” ujarnya.