LZS agih bantuan RM33juta, zakat fitrah kekal RM7

LZS agih bantuan RM33juta, zakat fitrah kekal RM7

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM33,033,720 kepada 46,046 asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor bagi membantu persiapan menyambut Ramadan dan Syawal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali berkata, sumbangan zakat sebanyak RM10,055,240 ialah untuk 13,567 keluarga asnaf fakir, RM21,735,680 kepada 29,841 keluarga asnaf miskin dan RM1,242,800 kepada 2,637 asnaf mualaf.

Seramai 899 ketua keluarga fakir dan miskin dari daerah Petaling menerima sumbangan bantuan Ramadan dan Aidilfitri berkenaan semalam.

Setiap penerima fakir dan miskin menerima bantuan zakat antara RM550 dan RM1,000 manakala asnaf mualaf menerima bantuan zakat RM400.

Penerima menerima sumbangan zakat itu menerusi akaun bank atau melalui serahan tunai pada majlis penyampaian bantuan Ramadan dan Hari Raya di 19 lokasi di seluruh Selangor dari 20 hingga 25 Mei ini.

Dalam pada itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengekalkan kadar zakat fitrah RM7 seorang untuk tahun ini.

COMMENTS

Wordpress (0)