LZS agih RM27.2 juta bantuan Ramadan dan Hari Raya

LZS agih RM27.2 juta bantuan Ramadan dan Hari Raya

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak RM27.2 juta bantuan zakat kepada 36,950 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bersempena kedatangan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengurus Sektor Pengurusan Institusi dan Pembangunan Asnaf lembaga itu Zaharudin Salim berharap lebih banyak syarikat korporat dapat bekerjasama dengan lembaga itu bagi membantu golongan memerlukan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kelengkapan hari raya kepada 170 pelajar Kompleks Asrama Anak Asnaf Fakir dan Miskin (Bait Al Hasanah) semalam.

Kanak-kanak itu berumur antara 10 hingga 17 tahun dari sekitar Selangor menerima bantuan baju raya, tudung dan jubah menerusi program ‘Aeisya Visits Friends 2016’ yang merupakan program kerjasama antara lembaga itu dengan gabungan usahawan-usahawan berjaya.

Terdahulu, sukarelawan Kumpulan ‘Aeisya Visits Friends 2016’ berkonvoi menaiki 20 buah motosikal berkuasa tinggi dan beberapa kereta melawat dua lokasi lain iaitu Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor (Bait Al Mawaddah) di Jalan Kebun, Shah Alam dan Rumah anak yatim Al Nasuha di Gombak.

COMMENTS

Wordpress (0)