Malaysia Dateline

M adalah mesejnya?

Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan sikap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa telah mengkhianatinya. Dr Mahathir juga menganggap bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai agendanya sendiri yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Azmin ada agenda sendiri tetapi saya rasa lebih dikhianati oleh Muhyiddin,” katanya pada sidang media di Yayasan Al Bukhary.

Satu soalan yang ingin ditanya ialah: Bukankah tindakan Dr Mahathir yang mencetuskan keadaan sekarang? Secara akademiknya saya ingin mengkonsepsikan pergolakan politik yang berlaku seminggu lebih ini dengan teori M adalah mesejnya. Adakah ini realitinya?

Ideanya saya perolehi daripada mesej saya dengan Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, Profesor di ISTAC, UIA di media sosial. Tidak dipastikan apakah tafsiran beliau berhubungan dengan `M is Message’ itu.

Saya mendapat idea untuk melebarkan konsep M adalah mesej daripada frasa Guru Media dan ahli falsafah dari Kanada Marshall McLuhan mengenai Medium is the Message iaitu wahana itu adalah mesejnya.  Sesiapa yang menjadi pensyarah atau pelajar bidang komunikasi tidak dapat lari daripada mengajar dan belajar perkara berhubung dengan medium is the message.

Jika tidah tahu pergi saja terjun laut, hahahaha. Namun saya akan menerangkan secara ringkas latarnya sebelum menerangkan maksud saya mengenai wahana (medium) adalah mesejnya.

The medium is the message”  adalah frasa yang diperkenalkan McLuhan melalui bukunya Understanding Media: The Extensions of Man, yang disiarkan pada 1964. Teori McLuhan menjelaskan bahawa wahana itu sendiri adalah mesejnya bukan kandungannya yang biasa menjadi tumpuan. Dia berkata bahawa wahana mempengaruhi masyarakat di mana ia memainkan peranan mempenharuhi cara berkomunikasi itu sendiri. Ia bukan sahaja terletak kepada kandungan tetapi lebih mendalam ialah wahana itu sendiri yang menentukan bagaimana komunikasi memainkan peranan.

Bagi McLuhan, wahana ini berkaitan dengan pancaindera manusia contohnya jika mediumnya adalah akhbar maka pancaindera yang berpengaruh dalam penyampaian mesej ialah mata. Begitu juga dengan radio (pancainderanya adalahg telinga) dan televisyen pancaidera utama yang menjad wahana dalam penyampaian mesej adalah telinga dan mata. Semua media ini mempengaruhi cara kita berkomunikasi seperti perkara ritual untuk duduk di depan  televisyen menonton berita pada pukul 8 malam.

Ini adalah konseptualisasi saya sebagai lanjutan daripada penjelasan McLuhan, dengan kemunculan Internet, suasana komunikasi mengalami revolusi, walaupun kombinasi pancaindera melalui Multimedia, pancaindera paling dominan sekali ialah sentuhan. Sentuhan merupakan pancaidera yang dinafikan peranan dalam hubungannya dengan media.

Media baharu khususnya media sosial telah membuat sentuahan di papan kekunci sesuatu yang tidak boleh tiada, jika  tidak berlaku sebarang penyampaian mesej. Oleh itu bukannya kandungan itu adalah mesej tetapi wahana atau medium itu adalah mesej. Bayangkan dengan sentuhan jejari mesej sudah boleh dihantar. Ia telah merevolusikan seluruh cara berkomunikasi dalam memesan barangan  dan perkhidmatan melalui aplikasi dalam Internet atau menggunakan media sosial.

Pancaindera sentuhan sudah mengurangkan pertemuan bersemuka dan bahkan mengurangkan perbualan antara keluarga kerana banyak budaya diam dan senyap dek kerana khusyuk dengan menerima kiriman mesej di media sosial. Kandungan boleh apa saja yang merubahkan cara berkomunikasi terutamanya apabila ada media sosial dan pengenalan  budaya Aps sebab sekarang hampirnya terutamannya dalam bayaran, pembelian online dan juga panduan cari destinasi perjalanan seperti Whataspp atau Google Drive umpamanya.

Maaf berbalik kepada M adalah mesejnya iaitu Tun Mahathir adalah mesejnya seperti medium is the message, bukannya kandungan yang diutamakan tetapi Mahathir adalah mesejnya. Seluruh pancaindera kita telah digunakan dalam memahami M adalah mesej ini. Seluruh mesej adalah Tun Mahathir. Ada mesej kemajuan, pembangunan, kejayaan, keberanian dan mesej politik, percaturan politik dan pergolakan.

M adalah mesejnya kerana Tun Mahathir berjanji akan peralihan kuasa menyerahkan kerusi PM kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata akan berpegang selama dua tahun kemudian menyerahkannya kepada Anwar. Jika mesej Tun Mahathir masih terikat dengan janji peralihan kuasa maka semua pergolakan, huru hara, kacau bilau politik tidak akan berlaku,

Malah di sebalik tekanan dan kehangatan mesyuarat Majlis Presiden, Anwar sendiri telah mencadangkan keputusan dan tarikh serah kuasa diberikan kepada Tun Mahathir sendiri iaitu selepas Apec pada penghujung tahun ini.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu, mungkin disebabkan oleh kemarahan kerana diasak, Tun Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri, maka bermula Langkah Sheraton, pergolakan politik berlaku, Bersatu keluar PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecar dan bersama 10  orang kuatnya (kini Sembilan) membentuk  blok bebas, Tun Mahathir jadi perdana menteri Interim, letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu walaupun tidak diterima, dan….

Mengapa beliau tidak bertegas, memgawal keadaan  dan bersuara menentang segala yang berlaku. Tetapi saya tidak faham mengapa beliau seolah-olah mendiamkan diri lebih pelik Tun Mahathir seolah-olah membiarkan kerajaanya sendiri dirampas. Beliau semacam bersetuju dengan apa yang berlaku dan ia mencetuskan banyak spekulasi dan mesej negatif.

Dan semasa menjadi PM Interim, beliau mencadangkan kerajaan perpaduan tanpa mengira parti dengan harapan beliau dapat sokongan menjadi PM ke-8.

Maka itulah konsep saya Mahathir adalah Mesejnya. Bukankah wahana beliau yang mengerakkan segala mesej dalam negara, mesej pergolakan politik, mesej tindak tanduk Langkah Sheraton, pertemuan dengan Yang diPertuan Agong dan mesej gerak PH yang mencalon Anwar kemudian bergabung semula dengan Tun Mahathir mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bukankah uniknya M adalah mesejnya yang membawa terbentuk kerajaan apa nama  Muafakat Bersatu atau entah rasanya belum ada nama kerajaan spesifik dalam perlantikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tun Mahathir adalah determinasi kepada pembentukan kerajaan PH dan kejatuhan PH dan Mahathir adalah determinisme  yang membawa kepada pembentukan kerajaan baharu sekarang dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Mungkin juga tidak keterlaluan untuk dikatakan Tun Mahathir  adalah medium dan wahana dalam  kandungan sejarah besar politik negara.

Ini tidak menafikan segala sumbangan bermakna beliau dalam mengharumkan nama negara di mata dunia.  Seperti media adalah mesejnya atau maka Tun Mahathir adalah mediumnya yang merupakan mesejnya!

Ini adalah pandangan akademik berdasarkan realiti yang berlaku daripada konseptualisasi M adalah mesejnya. Adakah M adalah mesejnya?

*Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Universiti Selangor (Unisel)

 

 

.