PM akan kajisemula pelantikan Dr Maszlee sebagai Presiden UIAM

PM akan kajisemula pelantikan Dr Maszlee sebagai Presiden UIAM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata, pelantikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu akan dikaji semula.

“Ramai orang yang memberikan pandangan dan pendapat berbeza-beza dalam isu ini, jadi saya tidak boleh mengulas banyak kerana ianya akan dikaji semula,” jelasnya.

Pada Rabu Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa berkata pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) wajar dipertimbangkan semula.

Menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Anggota Parlimen Simpang Renggam.

Pelantikannya dikatakan melanggar manifesto PH bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS