Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
MA63: Sarawak akan beri kerjasama penuh kepada jawatankuasa pilihan Parlimen

MA63: Sarawak akan beri kerjasama penuh kepada jawatankuasa pilihan Parlimen

BernamaMay 10, 2019 7:00 am




Kerajaan Sarawak akan memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ini untuk memastikan pindaan Perkara 1 (2) yang dipersetujui  sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri akan dimasukkan ke dalam mana-mana Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Kerajaan Negeri dan rakyat hendaklah sentiasa berwaspada untuk mengelakkan hakisan terhadap hak dan perlindungan di bawah perlembagaan. Kami, rakyat Sarawak mesti bersatu dan berani mempertahankan hak di bawah  perlembagaan dan kedudukan istimewa Sarawak dalam Persekutuan.

“Ketua Menteri terdahulu, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, memulakan proses bagi mengembalikan hak dan hasil yang diberikan atau diserahkan kepada Sarawak apabila Sarawak bersetuju dengan penubuhann Malaysia.

“Saya mahu meneruskan apa yang telah dimulakan oleh Adenan Satem melalui sokongan padu semua warga Sarawak seperti dinyatakan melalui wakil mereka dalam Dewan yang mulia ini, “kata beliau semasa menggulung ucapan untuk kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Khamis.

Abang Johari berkata anggota dewan pada 30 April, sebulat suara meluluskan usul yang dicadangkan oleh Adun Samariang dan Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau berkata, melalui mandat ini, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan mengenai pelaksanaan MA 63 berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pindaan itu antara lain akan memastikan bahawa kuasa perundangan dan eksekutif Sarawak dan sumber pendapatan yang diberikan dan diserahkan kepadanya aadalah dilindungi dengan ketat.

“Ia juga akan memberi perlindungan yang mencukupi terhadap sebarang pencerobohan atau hakisan hak dan perlindungan di bawah perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau berkata dalam memenuhi aspirasi semua rakyat Sarawak, kerajaan negeri akan memastikan kedudukan Sarawak dalam Malaysia dari segi perlembagaan tidak serupa dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, dengan pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada MA 63 dengan mengembalikan status Sarawak.

Abang Johari berkata Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan di Parlimen pada 4 April untuk meminda Perkara 1 (2) tidak memenuhi objektif asas terutama kegagalan untuk memberi pengiktirafan kepada fakta bahawa Malaysia adalah sebuahn persekutuan yang dibentuk berdasarkan MA 63.

“Oleh itu, kerajaan negeri tidak dapat menyokong Rang Undang-undang yang bertujuan semata-mata untuk meminda Perkara 1 (2) dan anggota Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkecuali dalam pengundian selepas cadangan mereka supaya Rang Undang-Undang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk perbincangan, ditolak, ” katanya.

Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong yang bertemu dengannya pada 29 April sejak itu mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen pilihan mengena pindaan Perlembagaan Persekutuan akan ditubuhkan.

Ketua Menteri berkata kerajaan negeri tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya untuk mempertahankan hak-hak negeri di bawah perlembagaan dan wilayah negeri termasuk sempadannya.

Sebagai contoh, kerajaan negeri telah menguatkuasakan Ordinan Perlombongan Minyak, 1958 untuk mengawal selia cari gali minyak di darat dan luar pesisir Sarawak dan menubuhkan PETROS untuk mengawal selia perlombongan luar pesisir dan penyertaan ekuiti dalam telaga minyak minyak dan gas asli sedia ada dan penerokaan dan perlombongan di luar pesisir pada masa depan.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production