Malaysia Dateline

Maaf, mungkin silap saya gagal buat YB Tumpat faham pindaan Akta Kerja

Seperti yang saya sebut semalam pindaan Akta Kerja yang diusahakan oleh Kerajaan PH dan diteruskan oleh gomen tebuk atap itu melibatkan pelbagai pindaan yang positif, menurut hemat saya.

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk berbahas walaupun semua pembahas hanya diberi masa 5 minit sahaja.

Dalam perbahasan saya, saya menyentuh pelbagai isu berkaitan pindaan tersebut -boleh baca isi perbahasan saya dalam hansard Parlimen -rekod ucapan Ahli Parlimen yang dicatat secara “verbatim” ( kata per kata )

Dalam ucapan saya itu, antara lain, saya menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Tumpat ( parti ehem ) yang bagi saya keliru kerana mendakwa kononnya seolah-olah pindaan itu tidak mesra kepada para pekerja muslimah untuk melaksanakan hak tuntutan beragama iaitu hak menutup aurat atau memakai tudung .

Maaf, mungkin silap saya gagal buat YB Tumpat faham pindaan Akta Kerja
Akta Kerja yang diusahakan oleh Kerajaan PH melibatkan pindaan positif termasuk hak pekerja wanita Islam untuk menutup aurat

Memandangkan pindaan kepada Akta Kerja itu adalah hakikatnya hasil usaha dan inisiatif Kerajaan PH, maka dia seolah-olah ingin menyampaikan mesej ini -Kerajaan PH tidak mesra pada isu hak pekerja wanita Islam untuk menutup aurat atau memakai tudung !

Saya habaq jika dia membaca dengan cermat pindaan itu misalnya kewujudan seksyen baru -seksyen 68F- yang melarang amalan diskriminasi di tempat kerja, seksyen itu hakikatnya, jika ditafsir secara harmonis dan lebih luas dan anjal, ia mampu melindungi hak para pekerja wanita untuk melaksanakan hak menutup aurat atau memakai tudung di tempat kerja.

Saya habaq begitulah intipati atau “the substance” hak untuk diperlakukan sama rata tanpa berat sebelah di sisi undang-undang ( prinsip “equality before the law” atau “al-musawatu amam al-qanun” – المساوة امام القانون atau “musawatun qanuniyatun” – ..مساوة قانونية ) yang pernah ditafsirkan oleh mahkamah di negara ini ketika menafsirkan Artikel 8 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan ( PP )

Saya habaq Artikel 8 ( 1 ) PP itu , “in essence, bars any element of arbitrariness !”.

Dalam bahasa lain dengan kewujudan seksyen baru -seksyen 68F itu- hakikatnya jika ada mana-mana pekerja wanita yang mungkin diambil tindakan kerana menutup aurat atau memakai tudung ianya adalah satu kesalahan di bawah seksyen itu kerana ia boleh dikira satu amalan diskriminasi !

Saya dok ingat apa yang saya terangkan itu mungkin sudah jelas dan terang kerana saya cuba berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman saya yang agak-agak biasa mengendalikan kes-kes perlanggaran hak asasi manusia di mahkamah di negara ini.

Malangnya YB Tumpat, bagi saya, masih tidak begitu faham penjelasan saya tersebut.

Mungkin silap saya kerana gagal membuat dia faham. Sorry YB.

P/S Semasa berlaku kes para pelajar wanita Islam di Singapura yang tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah di sana, ada pihak di sana yang menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat perundangan.

Bersambung esok inshaAllah…

Baca juga: