Malaysia Dateline

‘Maaf, saya baru tahu PRN Sabah punca banyak nyawa melayang’

Dr Rafidah Abdullah kali ini tampil memohon maaf kepada semua golongan masyarakat kerana sebelum ini telah menyalah masyarakat punca kes COVID-19 semakin hari semakin meningkat.

Dalam posting terkini, beliau baru menyedari bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah punca kepada peningkatan kes COVID-19 menyebabkan banyak nyawa telah melayang.

“Jikalau pihak berwajib masih tidak sedar, saya pun tidak tahu lagi nak cakap apa. At the very least, help people move forward.

“Entah siapa yang membuat saya percaya begini dahulu. Tidak lagi. Saya memohon maaf.

“Kepada manusia-manusia yang membuat kami rakyat marhaen menyalahkan diri sendiri, saya marah kepada anda sekarang.

“Kita hanya ada masing-masing.

“Di musim pandemik ini, ada juga yang fikir diri sendiri. Mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain.

“Kita tolong sesama kita saja ya,” tulis beliau.

Dalam pada itu, beliau yang sebelum ini juga pernah mengatakan rakyat Malaysia tidak mahu vaksin tetapi sekarang beliau menyedari bukan rakyat yang tidak mahu vaksin sebaliknya ia berpunca daripada masalah logistik.

“Sukar menghadiri temujanji. Ya lah, anak cucu jauh-jauh, PKP pulak tu. Saya sebak dan air mata kegembiraan sentiasa berlinangan melihat Makcik pakcik bergembira kerana dapat vaksin,” katanya.

Pernah juga beliau berpendapt rakyat Malaysia tidak menjaga SOP sehingga mengatakan rakyat sengaja keluar ke sana ke sini. Keluar sana sini.

“Tapi sekarang saya tahu, ramai yang keluar sebab terpaksa mereka keluar mencari sesuap nasi. Ramai pulak majikan yang hanya memikirkan diri sendiri, poket sendiri.

“Pernah dulu saya menyalahkan pesakit tidak berterus terang kepada kami.

“Tapi sekarang saya tahu, mereka takut. Takut kena saman, mungkin. Percayalah kepada kami, please. Saya merayu,” katanya.