Malaysia Dateline

Maafkan saya, biar saya jadi musuh no 1 sekiranya perlu, kata TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan perlu mula mentadbir, berhenti berperang antara satu sama lain dan berhenti mempolitikkan setiap isu.

Titah Tunku Ismail (TMJ), baginda akan terus konsisten dan berpegang teguh dengan prinsipnya menyuarakan pendapat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kesejahteraan rakyat.

“Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul.

“Saya lakukan perkara yang sama dengan kerajaan lama. Dan saya sedang lakukan perkara yang sama pada masa ini. Tiada beza. Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat. Sesetengah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya.

“Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya. Biarkan saya menjadi musuh anda No.1 sekiranya perlu. Saya konsisten dan tegas dengan prinsip saya,” katanya dalam laman Facebook rasmi baginda semalam.

Katanya TMJ lagi, mengakui beliau membuat kesilapan untuk kesilapan yang telah baginda lakukan sedia untuk memohon maaf.

“Kadang kala saya salah. Semua orang membuat kesilapan. Untuk kesilapan yang saya buat, saya memohon maaf. Saya fikir kita semua harus mengimbas kembali tahun 2018 dan meminta maaf atas kesilapan-kesilapan.

Kini sudah 2019, ayuh kita lakukan yang sepatutnya sekarang. Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kita kurang mempopularkan apa yang ada di media sosial.

“Ayuh kita melakukan keputusan yang lebih baik. Ayuh kita bekerjasama dan menghormati ruang dan tugas masing-masing. Ayuh kita berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik untuk negara kita,” titahnya.