Maahad Tahfiz As- Sofa  terbakar

Maahad Tahfiz As- Sofa terbakar

Seramai tiga puluh tujuh pelajar perempuan di asrama sebuah sekolah agama Maahad Tahfiz As Sofa di Rembau, Negeri Sembilan terbakar awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1.50 pagi itu membabitkan asrama perempuan.

Maahad Tahfiz As Sofa ini dimiliki Yayasan As Sofa yang dibina di Chengkau  yang terletak  25km dari Seremban.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama.

Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap.

“Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut,” kata Norazam seperti dipetik Staronline.

Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti.

Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu yang mengorbankan21 orang pelajar dan dua orang guru.

 

Sebahagian bangunan asrama yang rosak kerana kejadian kebakaran berlaku pada awal pagi yang menempatkan pelajar perempuan di Maahad Tahfiz As-Sofa.

4.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 2.0
CATEGORIES
TAGS