Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
MAB: Kerajaan perlu teliti semula pelan pemulihan dibentang Khazanah, kata Pas

MAB: Kerajaan perlu teliti semula pelan pemulihan dibentang Khazanah, kata Pas

MALAYSIADATELINEJuly 11, 2019 10:24 am




Pas mengesa kerajaan menilai lebih teliti pelan pemulihan Malaysia Airline Bhd (MAB) sebagaimana pernah dibentangkan Khazanah sebelum
Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kerajaan seharunya memberi peluang supaya pelan pemulihan itu berjalan mengikut rancangan dan tempoh masa yang asal.

“Saya juga bersetuju syarat pemulihan syarikat penerbangan Malaysia Airlines harus mengekalkan identiti negara dan tidak memberhentikan semua stafnya.

“MAB adalah aset strategik negara di bawah Khazanah Nasional Bhd. Berdasarkan polisi pelaburan Khazanah, aset strategik harus dipertahankan untuk kepentingan negara berbanding aset komersial yang boleh distruktur semula bagi menepati objektif pelaburan yang telah ditetapkan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  Mohamada di Parlimen semalam,  mengenai prestasi syarikat Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Dr Mahathir  menyeru Kerajaan Malaysia menerusi Khazanah Nasional Bhd berusaha sebaik mungkin memulihkan prestasi syarikat penerbangan negara dengan mengambil kira semua pandangan tanpa menutup atau menjual pegangan majoriti atau sepenuhnya kepada pihak lain terutamanya syarikat asing.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, sebarang perubahan besar yang akan berlaku terhadap MAB mestilah juga mendapat pendapat awam sama ada dibuat secara terbuka atau menerusi Parlimen, katanya.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production