Malaysia Dateline

Mabuk candu PRU15 – Patut sekarang tumpu usaha penyembuhan

Nampaknya ramai masih terpinga-pinga dengan candu termakan sewaktu kempen rancak PRU15.

Memang banyak candu disumbat dan diberikan secara dosage besar-besaran terutama melalui Tik-Tok dan short video messaging lain.

Saya juga terkejut kerana keghairahan menyebarkan candu-candu sampai yang berumur 13 hingga 14 tahun pun jadi mabuk sama. Percanduan besar-besaran sebegini menjadi tidak dapat dikawal umpamakan ganja sebenar.

Bagi rasa sekali, lama-lama jadi ketagihan. Macam dalam drug problems, lagi muda kita bagi dan perkenalkan lagi teruk hasilnya, kerana otak masih bersih dan muda.

Astagfirullah. Itu saja yang saya mampu sebut. Dosa sesiapa yang berbuat sedemikian amatlah bahaya kerana kesannya akan berpanjangan seumur hidup penerima candu tersebut.

Setelah PRU berakhir kesan-kesan candu amat nyata kelihatan. Padahal, candu itu patutnya berakhir apabila PRU berakhir.

Sudah kelihatan pula minat kepada candu pada yang pertama kali menerima candu. Tapi sebenarnya mereka tidak faham pun apa sebenarnya isi candu tersebut. Astagfirullah.

Sekarang bila masa percanduan sudah selesai, jadi masalah pula untuk “reverse” proses. Bila nak buat pergabungan dan kerjasama, semua jadi bingung.

Padahal, hakikatnya tiada siapa yang menang majoriti mudah. Dari awal lagi saya perkatakan, “no matter how you want to cut the cake, there will be no simple winner” dan prinsip “no winner takes all, and no loser lose all”.

Bererti selepas PRU, wajib ada kompromi. Tapi banyak pihak yang mabuk candu hingga berkata “kita ada majoriti” dengan cepat dan gopoh-gapah.

Yang bagi candu “No Anwar, No DAP” dah mula susah. Yang bagi candu “komunis dan agama” pun susah. Yang bagi candu “sakau” juga akan susah. Tiada siapa pun yang suci dari candu.

Hakikatnya, kena ada proses membuang candu-candu pilihan raya. Lebih-lebih lagi apabila candu itu tersampai kepada golongan yang tidak sepatutnya menerima (golongan terlalu muda untuk faham).

Golongan yang lebih tua patut sudah faham bahawa setiap PRU itu penuh candu dan tidak terperangkap dengan “believing in your own narrative”.

Apabila PRU dah habis, habislah. Proses penyembuhan sudah harus bermula dan itulah langkah yang sepatutnya menjadi tumpuan.

Itulah sepatutnya menjadi tugas pemimpin-pemimpin blok besar sekarang dan ahli-ahli politik. Itu tanggungjawab mereka, dan kita balik kepada kerja seharian kita.

Kita sebagai golongan “pamitan” patut menjadi agen pembuang candu dan memang tidak sepatutnya menjadi penyebar candu in the first place. Kalau kita tidak boleh buat apa-apa, paling kurang, tolonglah jangan tambah candu.

Tapi apa boleh buat dan apakan daya, kerana percanduan menjadi adat politik terkini dan media sosial sebagai medium penyebar candu menjadi alat yang cukup ampuh tidak dapat dikawal selia dengan mudah.