Pelakon terkenal, Nora Danish kembali menjadi topik perbincangan hangat selepas membuat satu perkongsian di akaun media sosial miliknya.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Nora tampil berkongsi rakaman memaparkan dirinya berjalan bersama anak sulongnya, Putra Rayqal Ramli.
Nora yang dilihat memaut tangannya kepada lengan Rayqal itu difahamkan sedang berjalan menuju ke sebuah restoran untuk meluangkan masa bersama keluarganya.
Rayqal yang semakin membesar itu tampak lebih tinggi dari ibunya yang bertubuh kecil sehingga membuatkan anak beranak tersebut kelihatan seperti kakak dan adik.
Seperti yang dijangka, ruangan komen di hantaran berkenaan dibanjiri dengan pujian daripada para pengguna media sosial terutamanya pengikut akaun Instagram Nora.
Rata-rata pengguna yang menonton video tersebut mengaku rasa terpegun dengan kecantikan dan kejelitaan bintang filem Polis Evo meskipun sudah berusia 42 tahun.
Selain mempunyai wajah yang tidak makan usia, bentuk badan langsing dimiliki Nora itu membuatkan wanita tersebut langsung tidak terlihat seperti ibu kepada dua anak.
Oleh sebab itulah ramai penonton berkongsi pendapat bahawa Rayqal yang berjalan seiringan dengan Nora itu lebih terlihat seperti adik, bukannya anak pelakon tersebut.
“Cemburu juga tengok bentuk badan Nora. Sudah berusia lebih 40-an, tetapi bentuk tubuhnya kelihatan seperti wanita berumur 20-an,” kongsi seorang pengguna.
“Ya Allah, hampir aku ingat itu teman wanita dia (Rayqal). Alah, geramlah dengan Nora Danish ini. Makin muda gamaknya.” Komen seorang wanita yang kagum.
Untuk makluman, Putera Rayqal Ramli adalah cahaya mata sulung pelakon itu dari perkahwinan terdahulu dengan anak bekas menteri besar Perak, Rizal Ashram Ramli.
Perkahwinan Nora bersama Rizal yang juga ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak bertahan lama dan bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berumah tangga.
Selebriti yang mula popular menerusi drama Puteri itu kembali menjalin cinta sebelum berkahwin dengan anak ahli politik iaitu Mohamed Nedim Nazri pada 30 Mac 2017.
Hasil perkahwinan kedua pasangan itu, mereka berdua dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl atau NeyNey yang kini berusia enam tahun.
Baca juga: Biar betul gaji penyampai radio cecah RM150K sebulan? Fauziah Nawi dedah gaji DJ radio swasta