Kebiasaan untuk menjual makanan pada harga mahal disebabkan pengunaan bahan berkualiti tinggi.
Namun ada ramai menyalahgunakan istilah ‘homemade’ atau resipi rahsia untuk menaikkan harga jualan sedangkan rasanya biasa sahaja.
Terbaru tular pizza wagyu yang dijual pada harga RM120, harga ini tidaklah mahal sebab menggunakan daging wagyu sendiri.
Namun rata-rata netizen menemplak peniaga tersebut selepas melihat kualiti daging dan buah tomato yang dikatakan berasal dari Itali.
“Ini kami punya resipi sos rahsia, kita ambil tomato dari Itali dan rasanya akan lebih original,” jelas peniaga tersebut dalam video dikongsi di laman X.
Lapisan lemak tak tepu di antara isi daging, atau lebih dikenali sebagai marbling, menentukan gred daging dan wagyu antara yang termahal.
Jelas tidak terlihat marbling pada daging yang diletakkan di atas pizza untuk meletakkan harga sedemikian.
“Pizza Wagyu RM120 guna tomato ‘homemade’ dari Itali and wagyu A5 kot bukan murah tu. Tapi ke mana hilangnya marbling wagyu tu.
“Aku kalau orang nak menjual kan please lah jangan overclaim sangat kalau beli daging lembu kat pasar raya cakap je benda betul orang akan support juga kalau jujur.
“Macam tak munasabah punya banyak tomato kat Malaysia ni tapi Itali juga dia ‘claim’.
“Siap claim Wagyu A5 tapi marbling takde, lepastu mata kasar, ‘texture’ macam daging Aussie je, wagyu Malaysia pun marbling cantik lagi daripada yang ni,” antara komen netizen.
Baca juga: Dambakan pelukan dan doa arwah bapa, calon SPM ziarah kubur sebelum duduki ujian bertutur