Macam ini rupanya ‘style’ orang nogori masak lemak cili api, yang penting jangan derhaka resipi

Oleh KIM SYAZIE

Bila sebut sahaja Negeri Sembilan, hidangan utama yang terbayang di fikiran adalah masak lemak cili api.

Tidak berlebihan untuk mengatakan air tangan ‘orang nogori’ hebat-hebat belaka terutama dalam menyediakan hidangan masak lemak cili api.

Pedas, lemak, masin semua cukup sampai ada yang terkenang-kenang masakan negeri Darul Khusus itu.

Buat peminat masakan lemak cili api, sebenarnya orang Negeri Sembilan menggunakan ramuan berbeza dari negeri-negeri lain di dalam masakannya.

Paling ketara adalah langsung tidak menggunakan bawang untuk memberi rasa yang lebih pada hidangan tersebut.

Meskipun tidak menggunakan bawang, namun rasa dan aromanya pasti membuatkan anda sekeluarga boleh makan bertambah.

Mudah sahaja caranya!

Langkah 1 : Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali ke periuk ke sukahatilah ye. Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.

Langkah 2 : Kisar cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak dekat ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Inilah rahsia kesedapan masak lemak.

Langkah 3 : Ayam sudah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar. Saya pakai santan kotak je.

Langkah 4 : Masukkan kentang

Langkah 5 : Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.

Siap! Semoga bermanfaat

Baca juga: Buang tabiat ini jika tak mahu kereta baru anda cepat rosak – “Nombor 2 orang selalu buat!”