Sudah menjadi lumrah untuk bergurau senda sesama suami isteri, tidak kira selebriti atau orang biasa.
Begitu juga dengan pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang dilihat saling memerli dalam satu video dimuat naik di TikTok.
Kami first time datang mall TRX. Tapi sebenarnya benda yang leceh jugalah kalau kita bawa orang tua mai mall haa dia tak larat nak jalan,” ujar Zain dalam video tersebut.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta hanya mampu tergelak dengan ayat suaminya dan menyatakan dia masih lagi hebat walaupun sudah berusia.
“Eh sayang biadap you kata I tua eh, walauapun i tua, i cekang (hebat) lagi tau,” balas Che Ta.
Rata-rata warganet memuji cara pasangan tersebut yang tidak ambil hati-hati akan gurauan antara satu sama lain.
“Jenis macam laki (suami) aku, laser begini yang sayang kita dan tak pandang orang lain. Untung Che Ta.
“Tak apa Che Ta, dia cakap macam tu pun nampak Zain sayang gila dekat hang.
“Che Ta dengan Zain ini dua-dua santai, merendah diri, yang penting persefahaman antara kedua suami isteri,” antara komen warganet.
Harga airwheel lebih daripada gaji minimum di Malaysia
Nampak sahaja kecil tapi ‘airwheel’ yang dinaiki Che Ta mencecah RM2.5k, bagi yang nak memudahkan urusan mak yang tak berjalan bolehlah laburkan.
Bayangkanlah, harga batteri sahaja dah cecah RM500, mampu menangis sahaja lihat harga tersebut.
Airwheel ini mula terkenal selepas salah seorang ahli Blackpink, Jennie menggunakan alatan tersebut semasa konsert jelajah kumpulan tersebut pada tahun 2022.