Malaysia Dateline

Macam inilah nasib rakyat marhaen di KL, ramai mengeluh bersesak dalam LRT pada waktu puncak

Isu kekerapan tren yang dilaporkan semakin perlahan di Lembah Klang dan tidak mesra pengguna terutama pada waktu puncak, menjadi perdebatan orang awam.

Ini apabila kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang dahulunya tiba setiap 3 hingga 5 minit, kini dikatakan hanya tiba setiap 7 minit sehingga menyebabkan kesesakan.

Menerusi Twitter Transit Malaysia yang banyak menyuarakan rintihan pengguna transit, beberapa keping gambar telah dikongsikan memaparkan situasi di dalam LRT yang padat dengan orang awam.

Menurut hantaran berkenaan, kekerapan LRT setiap 7 minit di waktu puncak telah menyebabkan pengguna terpaksa bersesak dalam tren yang sudah penuh.

Situasi itu dilaporkan berlaku di LRT yang menuju ke Putra Heights dan gambar-gambar diambil di Asia Jaya dan Kelana Jaya.

Ramai yang meluahkan keluhan terhadap pengendali pengangkutan awam, Rapid KL dan memberitahu situasi sebenar di mana waktu puncak pada pukul 7 hingga 9 pagi di tren Pasar Seni dan Masjid Jamek juga adalah antara yang paling teruk

Ada juga pengguna yang berkongsi mereka terpaksa menunggu lebih tiga ke empat trip LRT sebelum dapat masuk ke dalam koc tersebut.

“Ya, hari-hari kita Tweet supaya Rapid KL buat sesuatu tentang ini. Kerajaan Malaysia menjengkelkan,” tulis pengguna Twitter.

“Macam mana nak perbaiki kesesakan LRT pada waktu puncak? Jangan naik LRT,” sindir pengguna lain pula.

“Beginilah nasib rakyat marhaen setakat ini…Menteri naik gaji ahahahaha,” tulis pengguna lain.

Baca juga: Patutlah orang percaya vape bagus untuk perokok, ahli farmasi ini dedah banyak kajian ‘bias’ ditaja industri rokok

Baca juga: Kecoh parcel dilelong tanpa kebenaran, rupanya kurier ada hak lelong jika tidak dituntut lebih 6 bulan?

Baca juga: Berbelanja RM98,000 sehari, influencer dikecam paparkan diri naik helikopter polis