‘Macam masuk rumah buruk’ PH ambil alih kerajaan negeri Kedah

‘Macam masuk rumah buruk’ PH ambil alih kerajaan negeri Kedah

Tidak ada siapa pun yang mahu pindah ke rumah baharu yang buruk, sebaliknya ini yang terjadi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah setelah mengambil alih pemerintahan baru-baru ini.

Demikian diluahkan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh ketika berucap pada program Jelajah Malaysia Baharu di Dataran Stargate, Alor Setar.

Katanya lagi, apabila kerajaan negeri PH mulai menjejak kaki, ia seolah-olah seperti sebuah rumah yang buruk.

Malah katanya adalah lebih baik sekiranya rumah buruk tersebut dirobohkan dan dibina semula dengan sebuah rumah baru untuk didiami.

Dengan membina semula sebuah rumah yang baru, maka penghuni dapat hidup dalam suasana yang lebih harmoni, tenang dan damai.

Inilah bidalan yang diumpamakan oleh beliau setelah kerajaan negeri Kedah PH mengambil alih kepimpinan daripada BN pada 9 Mei lalu.

Orang ramai yang hadir pada program di Dataran Stargate, Alor Setar.

Beliau juga berkata, dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun diperlukan bagi memulihkan semula keadaan kewangan negeri Kedah yang parah setelah diambil alih dari BN.

“Inilah hakikat sebenar yang terpaksa dihadapi bagi kerajaan negeri PH di Kedah.

“Ia bukan saja terjadi di peringkat pusat, sebaliknya kerajaan negeri juga terpaksa berhadapan dengan situasi rumah buruk yang amat kritikal.

“Oleh kerana itu, beberapa langkah sedang direncanakan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi pelbagai masalah yang ditinggalkan semasa zaman pemerintahan kerajaan terdahulu, ” ujarnya.

Turut berucap dalam program tersebut ialah Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Exco Kerajaan Negeri Kedah, Tan Kok Yew.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS