Malaysia Dateline

MAHA 2018 : Pavilion Agrobank tawar cabutan bertuah bernilai RM2 juta

Agrobank menawarkan hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah RM2 juta bagi pengunjung bertuah yang singgah ke pavilion mereka di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018), di sini.

Pengunjung hanya perlu hadir ke pavilion Agrobank dan membuka akaun AgroPrimaS berserta simpanan minimum RM500 bagi melayakkan mereka menyertai tiga siri cabutan bertuah sempena kempen ‘Kita-Kita Aje’.

Tiga siri itu melibatkan cabutan bertuah Kita-Kita Aje edisi MAHA 2018, yang akan diadakan pada 2 Dis ini, khas bagi peserta yang mendaftar penyertaan di pavilion Agrobank sepanjang penganjuran MAHA 2018, selain dua lagi cabutan di peringkat cawangan dan peringkat kebangsaan, kedua-duanya akan diadakan pada April 2019.

Antara hadiah utama ditawarkan adalah jongkong emas seberat satu kilogram bernilai kira-kira RM180,000, seunit Honda HRV 1.8L E berharga lebih RM100,000, dua pakej perhiasan rumah IKEA bernilai RM10,000, pakej umrah selain puluhan hadiah sampingan.

Bagi meningkatkan peluang memenangi cabutan bertuah, pengunjung digalakkan melanggan produk sampingan Agrobank seperti penulisan wasiat, produk takaful dan AGRO VISA debit card-i.

Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh terus ke pavilion Agrobank di Dewan A, Taman Ekspo    Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Hadapan Kita’, MAHA 2018 yang berlangsung sejak 22 November hingga 2 Disember ini menyasarkan kehadiran seramai 3.5 juta pengunjung.

— BERNAMA