Malaysia Dateline

Maharani Peduli santuni golongan OKU, warga emas, miskin

Program Maharani Peduli di bawah Dun Maharani telah mendapat perhatian apabila program tersebut telah membawa mesej santunan kepada masyarakat seperti OKU, warga emas dan miskin.

Menurut Adunnya Norhayati Bachok, program tersebut dilaksanakan bertujuan untuk menyalurkan bantuan serta mendengar luahan dari mereka yang terpinggir.

Beliau yang dihubungi sewaktu lawatan ke Pusat Jagaan Orang Tua Mak Swee menyatakan rasa bangganya kerana dapat bersama-sama membantu golongan seperti warga tua, OKU dan miskin.

“Usaha menyantuni golongan yang memerlukan ini sememangnya aspirasi kami di Dun Maharanai untuk mendekati lebih ramai rakyat yang terpinggir serta membantu serba mampu untuk meringankan beban mereka.

“Kami mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak Yayasan Maharani di bawah Majlis Perbandaran Muar yang merupakan penyumbang utama program ini.

“Kami akan lebih pergiatkan lagi usaha untuk program-program seperti ini dan ia akan menjadi sebahagian siri program Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Maharani.

“Selama tiga hari ini kami menerima pelbagai reaksi yang positif dari pihak penerima bantuan serta ada juga di antara mereka yang merasakan bahawa kesedihan mereka bukan bersendirian,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, sumbangan tersebut diberikan tanpa menggira bangsa, latar belakang serta agama dan ia hanya merangkumi sekitar Dun Maharani, Johor.