Malaysia Dateline

Mahasiswa AMANAH Nasional mahu polis ambil tindakan insiden mengasari mahasiswa UM

Mahasiswa AMANAH Nasional  mendesak pihal polis melakukan siasatan terperinci terhadap  insiden membabitkan  kekerasan ke atas mahasiswa Universiti Malaya yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong Ahli Parlimen Pekan, Mohd Najib  Razak  ketika mereka mengangkat plakad sewaktu program bekas perdana menteri itu di Restoran Amjal pada Jumaat lepas..

Pemangku Pengerusinya  Amin  Mubarak berkata, Kejadian itu mengakibatkan beberapa orang mahasiswa diasak serta diberikan kata kata kesat sepanjang peristiwa itu berlaku.

“Mahasiswa AMANAH Nasional mendesak pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci terhadap kes ini. Perbuatan yang mendorong keganasan ke atas orang awam terutama Mahasiswa seharusnya diberi perhatian lebih kerana ini melibatkan keselamatan mereka,” ujar kenyataan itu.

Mahasiswa AMANAH Nasional katanya ,lagi, menyatakan  solidariti ke atas mahasiswa Universiti Malaya yang diancam ketika mengekspresikan tuntutan mereka.

“Kejadian ini sudah terang mencabul hak kebebasan bersuara malah ditambah pula dengan perbuatan mengkasari mahasiswa tanpa justifikasi dan sebab yang munasabah.

“Tuntutan Mahasiswa UM itu cukup jelas iaitu membawa mesej keadilan yang perlu ditegakkan terutama berkaitan dengan kes bekas perdana menteri yang hangat sehingga hari ini.,” ujarnya.

Dalam insiden pada Jumaat lepas Program sembang santai Najib diicemari insiden pergelutan antara penyokongnya dan pelajar universiti.

Kejadian berlaku di berdekatan Restoran Amjal berhampiran Universiti Malaysia ketika Najib sedang berucap kepada beberapa pelajar dalam kedai tersebut.

Seramai 6 orang pelajar dilihat berkumpul di seberang jalan sambil melaungkan “penipu” dan “mana RM2.6 bilion?” sambil mengangkat plakad serta kad wajah badut menyerupai Najib.

Ada antara penyokong Najib keluar daripada restoran lalu menghampiri dan mengoyakkan kad yang dipegang pelajar sehingga mencetuskan pergelutan antara satu sama lain.