Mahasiswa AMANAH Nasional tumpu ketengah isu nasional

Mahasiswa AMANAH Nasional tumpu ketengah isu nasional

Membawa isu-isu nasional selaras dengan idealisme parti antara salah satu daripada tiga hala tuju Mahasiswa AMANAH Nasional.

Selain itu, sayap parti itu turut menumpukan aspek pembangunan akar umbi mahasiswa tempatan dan luar negara serta pendidikan politik berasaskan nilai dan ideologi kepada penuntut universiti.

Exco Media dan Penerangan dalam kenyataannya hari ini memberitahu, Mahasiswa AMANAH Nasional komited untuk membangunkan semula identiti parti dan bersedia memberi komitmen kepada pembangunan dasar ideologi AMANAH.

Kenyataan itu susulan Mesyuarat Koordinasi antara Pimpinan Tertinggi Mahasiswa AMANAH Nasional di Pejabat AMANAH Gombak hari ini.

“Diharapkan mesyuarat yang diadakan akan dapat membuahkan hasil dan dapat menyelaraskan semua gerak kerja supaya pergerakan MA akan lebih sistematik,” dipetik dari kenyataan itu lagi.

Difahamkan, pemilihan baharu kepimpinan Mahasiswa AMANAH Nasional dijadualkan selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Mahasiswa AMANAH Nasional 2019-2020:

Pengerusi
Muhammad Amin Mubarak (UIAM)

Timbalan Pengerusi
Ahmad Syafi Hidayatullah (UIAM)

Naib Pengerusi 1 (Siswi)
Sumaiyah Yazid (MSU)

Naib Pengerusi 2 (Antarabangsa)
Mirzan Majid (Universiti Mu’tah, Jordan)

Setiausaha 1
Nur Hidayah Sapian (UIAM)

Setiausaha 2
Amirah Hatta (UIAM)

Bendahari
Izny Adly (USIM)

Barisan Exco

Exco Penerangan Isu Semasa dan Antarabangsa
Musleh Dzulkefly (UIAM)
Hannah Badrul Hisham (UIAM)
Ridhwan Wahab (USAS)
Uwais Zain (UIAM)

Exco Media dan Perhubungan luar
Zaidan Adnan (UIAM)
Najmi Hakim (UIAM)
Abrar Sadiq (UiTM)

Exco Kemasyarakatan dan Sukarelawan
Amirul Zikri (IPTS)
Haris Naim (IUKL)

Exco Sukan Dan Budaya
Muaz Abdullah ( UMT)
Ibrahim Khalili (USM)

Exco Antarabangsa
Syauqi Iman (Mesir)

Barisan pimpinan Mahasiswa AMANAH Nasional diterajui Amin Mubarak (tengah).