Malaysia Dateline

Mahasiswa AMANAH, Pertubuhan Kasih Malaysia agih laptop bantu mahasiswa

Mahasiswa AMANAH Nasional telah berjaya menganjurkan Projek #AksesUntukSemua siri kedua dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Malaysia.

Projek siri kedua bertujuan untuk membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan menghadapi sesi pembelajaran atas talian yang masih berterusan.

Dana sebanyak RM10,000 serta dua buah laptop diterima dari Pertubuhan Kasih Malaysia, dengan dana tersebut Mahasiswa AMANAH telah membeli lapan buah laptop tambahan dan telah disampaikan kepada 10 orang mahasiswa.

Proses penyerahan kali ini dilakukan melalui pelbagai cara seperti perkhidmatan pos, penyerahan oleh wakil Pemuda AMANAH Terengganu, Pemuda Kelantan serta wakil daripada Mahasiswa Amanah Nasional sendiri.

Turut bersama dalam menyerahkan sumbangan ini ialah Ketua Biro Kesejahteraan Keluarga Pertubuhan Kasih Malaysia Dr. Kalsom Maskon.

Mahasiswa AMANAH Nasional dan Pertubuhan KASIH Malaysia berharap agar semoga bantuan ini dapat memudahkan urusan pembelajaran mahasiswa-mahasiswa.