Malaysia Dateline

Mahasiswa AMANAH prihatin pelajar

Mahasiswa AMANAH Nasional senantiasa mengambil peduli dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi.

Sejajar dengan itu inisiatif telah diambil dengan menyumbangkan sebanyak 50 pek makanan dan barangan asas untuk pelajar Universiti Malaya bagi membantu mereka yang memerlukan.

Malah keprihatinan Ahli Parlimen AMANAH, Khalid Samad, yang turut menyumbangkan keperluan tersebut membuktikan ia memberi banyak manfaat.

Kerjasama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) serta tonggak utama Mahasiswa AMANAH Nasional dalam mengutarakan keperluan dan kebajikan mahasiswa sejak kebelakangan ini memperlihatkan ia sebagai suatu inisiatif yang perlu diteruskan bagi membantu dari sudut kebajikan melalui pelbagai inisiatif yang direncanakan.

Program sumbangan kepada pelajar Universiti Malaya tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir, Ketua Wanita Muda AMANAH, Thaqaffah Nordin serta Presiden KMUM, Haziq Azfar.