Malaysia Dateline

Mahasiswa berarak 9km protes potongan gaji bayar PTPTN

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) hari ini mengadakan demontrasi di hadapan bangunan Parlimen untuk menuntut Menteri Pendidikan melihat semula kewajaran pemotongan gaji secara automatik terhadap peminjam dibawah Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada lepasan mahasiswa bekerja.

Presidennya Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, dengan gaji minima ditetapkan RM1,00 sebulanoleh kerajaan Pakatan Harapan ia dilihat membebankan graduan.

Beliau berkata, graduan di negara ini akan dilihat paling miskin kerana dipaksa membayar hutang PTPTN oleh kerajaan.

“Mahasiswa paling miskin dalam negara kerana hutang PTPTN diambil secara paksa kepada kami.

“Kalau gaji kami RM1,000 kami terpaksa berhutang RM400 sebulan. Jangan sampai anak muda Malaysia terpaksa ‘melacur’ untuk hidup dalam negara kita. Ada mak ayah mati tak dapat beli tiket bas untuk balik kampung,” ujarnya sejurus ditahan pihak polis yang tidak membenarkan sekumpulan mahasiswa yang telah berjalan kaki sejauh 9 kilometer dari Universiti Malaya ke pintu pagar bangunan Parlimen hari ini untuk bertemu dengan Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Sebaliknya kehadiran mereka disambut oleh wakil menteri pendidikan dan beliau menyerahkan memorandum dan turut menyerahkan ‘belanjawan bulanan’ kepada menteri pendidikan sekiranya gaji graduan hanya RM1,100 gaji minima yang ditetapkan dalam Belanjawan 2019.

Bagaimanapun Muhammad Faizzuddin mendakwa Maszlee sudah melupakan suara mahasiswa yang selama ini beliau perjuangkan.

“Selepas jadi kerajaan beliau kini lupa kepada suara mahasiswa. Kami tiada nama yang besar kami adalah masa depan negara. Sekiranya kamu hancurkan masa depan kami, Malaysia akan lenyap hanya tinggal sejarah negara

“Maszlee Malek hipokrit kononnya, mengangkat suara demokrasi tetapi kamu biar kami berjalan 9 kilometer terpaksa duduk di tepi jalan untuk bertemu dengan kamu.

“Kita serah Belanjawan sebulan mahasiswa untuk hidup jika gaji RM1,100 tidak tolak PTPTN yang kerajaan nak mereka terpaksa berhutang RM400, ini saya kira paling jimat,” ujarnya.