Mahasiswa bersatu jatuhkan ‘Umno Kampus’ ajar parti politik makna kesatuan

Mahasiswa bersatu jatuhkan ‘Umno Kampus’ ajar parti politik makna kesatuan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Melihat pada keadaan politik yang caca-marba ini, dengan pelbagai isu dalam setiap parti politik tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, adalah wajar bagi mahasiswa seluruh Malaysia mengajar mereka apa erti kesatuan.

Pakatan pembangkang sama ada Pakatan Harapan mahupun Blok Ketiga (Pas dan Ikatan) yang kononnya beria-ia hendak menjatuhkan kerajaan maha korup Umno-BN hanya bagaikan hidup segan mati tak mahu apabila hendak mengadakan satu mesyuarat pun asyik bertangguh.

Setelah itu,harapan kita ke mana? Mahu melihat Umno-BN khususnya Pak Najib terus mengorek dan mencuri segala kekayaan negara?

Mahu melihat berapa banyak lagi cincin, beg tangan, permata dibeli oleh sosok yang dipanggil “First Lady of Malaysia” iaitu Rosmah Mansor?

Berapa bilion lagi penyelewengan yang kita mahu halalkan saja diberikan kepada Jho Low dan syarikat jahanam, 1MDB? Jika mahu senaraikan lagi segala kekejaman UMNO-BN khususnya dalam tatakelola kerajaan,sudah pasti ianya panjang berjela.

Tapi persoalannya, apakah HARAPAN kita? Harapan Baru yang dicanangkan Abang Mat – panggilan mesra buat Mohamad Sabu yang kini Presiden Amanah – bersama Gerakan Harapan Baru (GHB) satu ketika dahulu seolah-olah memberikan satu mesej baik buat pencinta perubahan.

Mahasiswa kesal parti politik berpecah isu rakyat terpinggirNamun, harapan itu dibimbangi mati di tengah jalan akibat pergolakan dalam PKR antara kartel yang akhirnya melemahkan Pakatan Harapan. Justeru, apa lagi kita boleh harapkan? Apa lagi yang anak muda mahasiswa pencinta perubahan mahu harapkan?

Bagi saya, sudah sampai masa kita mahasiswa anak muda mengajar apa itu erti kesatuan. Betapa pentingnya kesatuan demi menjatuhkan satu regim maha zalim.

Justeru, saya menyeru seluruh anak muda mahasiswa membuktikan bahawa kita mampu mengajar seluruh parti politik erti kesatuan dengan kita menyatukan tekad mengalahkan “Umno-kampus” atau nama manjanya Aspirasi dalam setiap kampus pada Pilihanraya Kampus yang bakal menjelma!

Saya dengan ini juga mencabar Yang Dipertua Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang juga Ketua Mahasiswa Umno untuk menyatakan pendirian jelas berhubung skandal 1MDB dan Datuk Seri Najib.

Saya mencabar sekiranya saudara Farhan berani untuk berdebat tentang isu ini dan malapetakanya bersama saya di mana sahaja! Akhirnya,buktikan kejantanan Umno kampus dengan tidak menyorok di sebalik apa-apa nama lain tidak kira Evolusi, Aspirasi atau apa sahaja nama!

Mahasiswa bersatu jatuhkan Umno Kampus dan konco-konconya!

Penulis adalah Pengerusi Mahasiswa AMANAH Nasional

CATEGORIES
TAGS