Mahasiswa gesa salur hasil kutipan GST kepada rakyat

Mahasiswa gesa salur hasil kutipan GST kepada rakyat

Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan) menggesa kerajaan supaya menyalurkan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada golongan yang memerlukan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Azzan Aznan Abd RahimKesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan) menggesa kerajaan supaya menyalurkan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada golongan yang memerlukan.

Pengerusinya, Azzan Aznan Abd Rahim berkata, jangkaan kutipan cukai itu yang mencecah RM39 bilion tahun ini sepatutnya dimanfaat bagi meringankan bebanan rakyat.

“Namun, ke mana wang itu pergi langsung tidak diketahui rakyat. Penoreh getah merana kerana harga getah sangat murah, ibu-ibu pula terpaksa membeli gandum dengan harga tinggi kerana subsidi ditarik,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahkan, bagi golongan mahasiswa pula, pelajar jurusan undang-undang itu berkata, kelompok berkenaan menderita menanggung kadar yuran yang tinggi untuk melengkapkan pengajian.

Mengulas tempoh genap setahun pelaksanaan cukai berkadar enam peratus itu esok, beliau menganggap langsung tidak memberi impak positif malah menambah beban kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Hasil kutipan GST dijangka mencecah RM39 bilion untuk tahun ini. Namun, ke mana wang itu pergi langsung tidak diketahui rakyat,” bidasnya.

Sehubungan itu, Azzan menyeru mahasiswa dan rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai menyertai himpunan rakyat besar-besaran 2 April ini di Dataran Merdeka.

“Rakyat Malaysia mesti berkumpul dengan aman bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan atas cukai yang membebankan ini dan menuntut agar GST dimansuhkan terus atas kegagalannya untuk meringankan bebanan rakyat,” tambah penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu lagi.

TAGS