Mahasiswa kempen beri deodoran percuma jika menang jadi MPP, tak sangka ramai undi sampai betul-betul menang

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka kempen seorang mahasiswa untuk memberi deodoran percuma jika diangkat sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), berjaya menarik perhatian para mahasiswa sehingga ia tular di media sosial.

Mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu bertanding sebagai calon Pilihan Raya Kampus UMS bagi sesi 2023/2024

Mennjanjikan pengagihan ubat ketiak bagi pelajar yang mempunyai masalah bau badan sekiranya memenangi pilihan raya tersebut, manifesto tersebut meraih pujian ramai susulan kelainan dan elemen ‘sindiran’ yang dimainkan.

Siti Nur Asyerra Wasli merupakan pelajar dari jurusan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan dan bertanding bagi kerusi calon 06 untuk merebut tempat selaku ketua pelajar di UMS bagi sesi 2024.

Asyerra atau lebih dikenali sebagai Ara dikatakan antara calon terbaik untuk dilantik sebagai pemimpin baharu di universiti terbabit.

Manifesto berkaitan pengagihan deodoran itu nyata mendapat pelbagai komen positif di laman media dan ia dipercayai berkait rapat dengan isu bekalan air yang berlaku di UMS baru-baru ini.

Sufyan Hadiyanto Dimanto memuji kebijaksanaan gadis berbangsa Dusun itu dalam membangkitkan isu deodoran dalam kalangan pelajar di samping masalah air yang membelenggu penuntut di universiti terbabit.

“Manifesto dia macam lucu, tapi bagi impak besar untuk golongan yang berkenaan,” ujar Joe Alonzo.

“Saya sokong, daripada janji kasi selesai masalah air yang tidak berkesudahan, baik selesaikan isu bau ketiak kerana ramai yang ada masalah ini tetapi tidak sedar,” tambah Oyo Vianney Chelsca.

Sementara itu, seorang alumni dari universiti tersebut, Jeffery Jim turut memuji dan mencadangkan agar mahasiswi terbabit diberikan sokongan atas kebijaksanaannya dalam menyenaraikan manifesto yang menurutnya, sangat bijak dan berkaliber.

Walaupun sebelum ini terdapat kecaman daripada netizen, namun manifesto tersebut diterima apabila dia meraih kemenangan untuk menjadi MPP universiti itu.

Menerusi pemilik akaun @brgsjks berkata, mahasiswi berkenaan telah berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan manifesto yang berbeza daripada calon lain.

“Tahniah semua akak ‘ketiak’ menang.

“Saya setuju dengan manifesto yang dibuat. Masalah ini berat. Masalah pencemaran udara,” katanya dalam hantaran di X pada Sabtu.

Baca juga: “Aku sentiasa senyum depan suami. Dosakah aku pura-pura bahagia tapi hati derita”