Malaysia Dateline

Mahasiswa lancar kempen bawa anak muda Johor balik mengundi

Sekumpulan anak muda dan mahasiswa mengumumkan pembentukan satu Sekretariat Pulang Undi Johor bagi menyemarakkan semangat demokrasi untuk pulang mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina (KLSCAH) Kuala Lumpur hari ini, sekumpulan anak muda terbabit yang datang dari serata negeri akan cuba menggerakkan kempen Johor Undi dengan menyediakan pengangkutan awam dan perkhidmatan bas untuk anak muda pulang mengundi.

“Kami akan cuba menggerakan kempen ini untuk membawa pengundi Johor di luar negeri Johor balik ke kampung mereka untuk menunaikan taunggunjawab.

“Kami sebagai anak muda perlu angkat suara demokrasi kerana kami sangat bimbang dan kecewwa dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan Johor menyebabkan pembubaran DUN Johor yang lebih awal daripada sepatutnya,” katanya mereka.

Bagi anak muda ini, tindakan kerajaan Johor telah merencatkan semangat demokrasi yang sedia ada kerana ramai pengundi Johor yang berada di luar johor tidak akan menunaikan tanggungjawab mereka kerana menganggap bahawa PRU15 akan dilakukan dalam masa terdekat.

Katanya, ramai pengundi luar tidak pulang sepetti mana yang terjadi pada PRN Melaka baru-baru ini.

Mereka percaya ramai pengundi muda termasuk mahasiswa atau orang muda yang baru sahaja bekerja bakal mengundi di PRN Johor nanti tidak mampu pulang mengundi kerana kos pulang agak tinggi dan membebankan, selain pengurusan ekonomi yang bermasalah sehingga mengalami masalah peluang pekerjaan

“Justeru kami akan cuba menggerakkan kempen Johor Undi di mana sedaya upaya cuba mengusahakan kemudahanan pengangkutan awam dan perkhidmatan bas.

“Kami tidak ada dana kerana kami bukan sesiapa kami adalah orang biasa sahaja tetapi kami akan berusaha sedaya upaya akan mencari dana yang ada bagi menjayakan kempen ini dan dapat mengangkat suara anak muda dalam demokrasi kali ini,” katanya.

Mahasiwa juga akan melancarkan satu tabung supaya orang ramai boleh menyumbang kepada agenda kempen mereka agar dapat dipergiatkan supaya anak-anak muda dapat diberi pencerahan mengenai betapa pentingnya suara mereka dalam DUN Johor ketika ini.

“Untuk menyumbang boleh sumbang ke akaun nombor akaun Maybank 5644 9045 2956 atas nama Pertubuhan Pembangunan Intelektual Malaysia,” katanya.

Kempen mahasiswa ini telah disokong lebih 15 badan bukan kerajaan antaranya PKPIM, Persatuan Belia Harmoni Jaringan Intelektual Progresif dan Persatuan Pertubuhan Intelektual Malaysia sebagai pemegang dana.