Malaysia Dateline

Mahathir ada kuasa mutlak dalam Bersatu, kata Setiausaha Agong

Bersatu mengesahkan bahawa tindak tanduk dan keputusan parti itu tertakluk kepada keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti.

Kenyataan Setiausaha Agong Bersatu, Marzuki Yahaya ini dibuat beberapa jam selepas Pakatan Harapan membuat kenyataan Tun Dr Mahathir adalah calon Perdana Menteri mereka.

“Saya selaku Setiausaha Agong Bersatu dengan ini mengesahkan bahawa menurut perlembagaan Bersatu Fasal 16.2 dan rule of law, satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti adalah Pengerusi Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Maka segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan YAB Tun sebagai Pengerusi Bersatu,” kata Marzuki dalam kenyataan dua perenggan itu.