Mahathir-Anwar tonjolkan perpaduan akan memacu negara arah lebih baik, kata Khairuddin

Mahathir-Anwar tonjolkan perpaduan akan memacu negara arah lebih baik, kata Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan 3

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Perpaduan yang ditonjolkan oleh tokoh pemimpin Pakatan Harapan dilihat akan dapat memacu negara ke era yang lebih gemilang bagi menjaminkan masa depan bangsa mahupun negara untuk berada di landasan terbaik,kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

AJK Biro Komunikasi dan Mobilasi Pakatan Harapan ini merujuk kepada pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam suasana mesra berbuka puasa bersama pasangan masing-masing di kediaman Dr Mahathir di Seri Kembangan semalam.

Beliau berkata, rakyat boleh sandarkan harapan kepada kerajaan Pakatan Harapan yang amat tulen membela kesejahteraan masa depan keseluruhan masyarakat tanpa kira kaum ataupun agama.

“Keseluruhan rakyat malaysia dapat lihat sendiri kemesraan serta keakraban tun dr mahathir mohamad dengan dato seri anwar ibrahim ketika makan malam bersama di kediaman peribadi perdana menteri.

“Kedua-dua tokoh negarawan yang berjiwa besar ini hanya pentingkan agenda untuk membangunkan semula negara Malaysia nengatasi agenda politik peribadi!!

“Inilah keistimewaan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.

“Kita semua sedang berada pada era proses membangunkan semula Malaysia Baru yang bakal menawarkan masa depan yang cemerlang, gemilang serta terbilang.

“Gandingan mereka adalah lambang kejayaan Malaysia Baru,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan ini berkata, dikalangan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja memfitnah dua pemimpin itu, seolah-olah berebut kuasa adalah tidak benar sama sekali.

“Kalangan ahli Umno yang melancarkan perang psikologi semata-mata untuk memecah-belahkan perpaduan Pakatan Harapan agar rakyat hilang keyakinan pada kepimpinan masa kini negara.

“Namun, kita harus bersyukur kerana perpaduan sesama pemimpin di dalam Pakatan Harapan pada realitinya amat akrab serta tulen.

“Hakikatnya, masakini Datuk Seri Anwar turut memainkan peranan proaktif mengikut caranya tersendiri ke arah menguatkan kedudukan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan bagi menjaminkan kesejahteraan masa depan bangsa serta negara.

“Umno yang cuba memfitnah hubungan baik mereka akan menemui jalan buntu sama sekali,” tegasnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS