Mahathir bagi lima tips kekal sihat

Mahathir bagi lima tips kekal sihat

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi cerita bagaimana beliau boleh kekal sihat ketika ceramah di Desa Pandan malam tadi.

Bekas perdana menteri 22 tahun yang kini berusia 93 tahun itu memberikan lima tips untuk kekal sihat setelah ditanya oleh pengacara majlis.

” Jangan minum arak. Jangan hisap rokok.

“Bila makan waktu sedap berhenti sebab jika makan waktu sedap, jadi gemuk. Gemuk (obesiti) tidak sihat.

“Jangan makan banyak gula,” ujarnya ketika ditanya oleh pengerusi majlis bagaimana beliau boleh kekal sihat.

Beliau yang melalui pengalaman dua kali melakukan pembedahan jantung tidak menafikan kadang kala beliau juga berasa tidak sihat.

“Ada juga saya tidak sihat, belah jantung dua kali. Kesian jantung kita mula pam dalam perut mak lagi.

“Pam saya sudah jalan 93 tahun tak berhenti tetapi ketika pembedahan mereka (doktor) berhentikan paru-paru dan jantung saya,” ujarnya.

Beliau sebelum itu bergurau dengan penyokong  meminta  membayarnya penggeras (upah) kerana pengacara memintanya menceritakan rahsia beliau kekal sihat.

“Saya nak kenakan pengeras RM1.25 saya akan bagi formula.

“Saya nak cerita bagaimana kita sihat, saya tak dapat satu sen pun.

“Saya nak cerita banyak orang ni, boleh bayar saya,” ujarnya.

6.7
OVERALL SCORE
2 user votes x 10.0
CATEGORIES