Mahathir bertanding di Langkawi, Wan Saiful sah di Pendang

Mahathir bertanding di Langkawi, Wan Saiful sah di Pendang

Tun Dr Mahathir Mohamad menamatkan spekulasi mengenai kerusi pilihannya setelah diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Langkawi oleh Presiden Pakatan Harapan (PH)  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi.

Penganalisis politik yang menyertai Bersatu sebelum ini, Wan Saiful Wan Jan pula diumumkan bertanding di Pendang walaupun sebelum ini beliau disebut-sebut bakal bertanding di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding di Langkawi, Putrajaya dan kemungkinan kembali ke Kubang Pasu kerusi yang pernah disandangnya selama enam penggal ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Wan Azizah dalam ucapannya ketika mengumumkan calon bagi kerusi Langkawi berkata, ia satu penghormatan kepada PKR dan PH.

“Saya anggap pengumuman malam ini bersejarah dan penghormatan bagi saya, PKR dan Pakatan Harapan. Penduduk Langkawi sedar bahawa Tun M perdana menteri dan tokoh yang telah menjana perubahan bagi pulau lesu menjadi pulau hebat membangun.

“Anwar pernah beritahu Tun M mempunyai sentimental dengan pulau langkawi. Sebaik menjadi PM, beliau berikhtiar mengangkat pulau ini,” ujarnya.

Dr Mahathir turut mengumumkan calon-calon bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi dalam siri ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Padang Maksirat, Langkawi malam tadi.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir diumumkan akan bertanding di Parlimen Jerlun dan Dun Jitra.

Amiruddin tanding dua kerusi

Manakala bekas ketua pembangkang Kedah yang meninggalkan Pas dan menyertai Bersatu Datuk Amiruddin Hamzah turut diumum bertanding di Parlimen Kubang Pasu dan Dun Anak Bukit.

Manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal (Ekonomi) Wan Saiful Wan Jan akan bertanding di Parlimen Pendang.

Anak bekas menteri besar Kedah Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Muaamar Ubaidah Sanusi  akan bertanding di Parlimen Jerai.

PH Negeri Kedah  akan  bertanding sebanyak 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dun pada PRU14.

Dalam majlis malam tadi turut diadakan adalah merasmikan mercu Dataran Harapan di Padang Maksirat.

Para penyokong PH yang memenuhi program di Langkawi malam tadi.

Senarai  penuh nama calon Parlimen dan Dun bagi Bersatu di Kedah.

Kerusi  Parlimen

1.Jerlun – Datuk Seri Mukhriz Mahathir
2.Kubang Pasu- Datuk Ir Amiruddin Hamzah
3.Pendang- Wan Saiful Wan Jan
4. Baling- Mohd Taufiq Yaakub
5. Jerai- Akhramsyah Muaamar Ubaidah Sanusi
6. Langkawi- Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerusi Dun

1.Ayer Hitam – Datuk A Aziz Mohamad
2.Bukit Kayu Hitam -Halimaton Saadiah Ismail
3. Jitra- Datuk Seri Mukhriz Mahathir
4.Anak Bukit – Datuk Ir Amiruddin Hamzah
5.Bukit Lada – Mohamad Aizat Roslan
6.Kuala Nerang- Syed Fadzil Syed Embun
7.Sungai Tiang- Abdul Razak Khamis
8.Jenerai- Mohd Nazari Abu Hassan
9.Bayu-Abdul Rahim Kechik
10.Guar Chempedak- Mohd Safuan Sabari
11.Tanjong Dawai- Mejar (B) Anuar Abdul Hamid
12. Bandar Baru -Datuk Azizmi Daim
13.Kuah- Mohd Firdaus Ahmad
14.Ayer Hangat – Johari Bulat

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote