Mahathir bimbing pemimpin pelajar antarabangsa tentang kepimpinan

Mahathir bimbing pemimpin pelajar antarabangsa tentang kepimpinan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi ilmu berkaitan kepimpinan pada perhimpunan pemimpin pelajar dari seluruh dunia.

Berucap kepada lebih 1,000 pemimpin pelajar antarabangsa dalam sebuah simposium di sini, beliau bagaikan seorang guru yang membimbing pelajar langkah demi langkah dalam menimba ilmu.

“Pertama sekali, seseorang pemimpin itu perlu mempunyai integriti dan kejujuran, jika tidak, pemimpin terbabit akan menjadi korup dan tidak boleh dipercayai.

“Seterusnya, pemimpin juga perlu bersedia untuk bekerja keras, bangga dengan tugas yang dilakukan. Selain itu, mereka mesti sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan peka kepada sebarang perubahan,” katanya.

Khalayak muda yang menghadiri Simposium Kepimpinan Cendekiawan Universiti 2019 kali ke-10 di sini yang dirasmikan perdana menteri berusia 94 tahun itu jelas kelihatan terpesona.– BERNAMA