Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mahathir dijangka menghadap Agong

Mahathir dijangka menghadap Agong

Malaysia DatelineFebruary 23, 2020 7:09 pm




Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, lewat petang ini.

Lapor BH, sumber memberitahu, Ahli Parlimen akan ke istana terlebih dahulu sebelum ketibaan Perdana Menteri.

“(Dr Mahathir)… sedang bersiap menuju ke sana (Istana Negara).

“Namun, MP (Ahli Parlimen) akan pergi dahulu (ke istana). Tun M (Dr Mahathir) kemudian,” katanya kepada BH.

Sebelum itu, lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard dilihat memasuki perkarangan Istana Negara jam 5.35 petang tadi.

Kesemua kenderaan terbabit memasuki Istana Negara bersama polis pengiring bukan melalui pintu utama.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilapor tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter pada kira-kira jam 4.30 petang.

Pimpinan Umno turut dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production