DoJ sahkan kapal layar Equanimity milik Jho Low, guna wang dicuri, kata Mahathir

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa Equanimity kapal layar mewah milik Low Taek Jho, atau Jho Low, yang membeli kapal dengan menggunakan wang yang dicuri dari Malaysia.

“AS mengesahkan bahawa kapal tersebut telah dibeli menggunakan wang yang dicuri dari Malaysia dan mereka mendapati bahawa ia adalah milik Jho Low.

“Apabila anda mencuri wang, anda perlu meletakkannya di suatu tempat. Mereka membeli harta benda, mereka membeli segala macam perkara, “kata Perdana Menteri selepas melawat kapal hari ini.

Dr Mahathir berkata kerajaan merancang untuk menjual kapal layar itu secepat mungkin.

Beliau berkata  kapal ini akan dibiayai RM2juta hanya untuk penyelenggarannya yang berlabuh di Terminat Boustead Cruise Center di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Dr Mahathir berkata beliau tidak pernah melihat kapal layar mewah sebegini seperti jenis Equanimity.

“Semua yang anda boleh fikirkan ada dan perkara-perkara yang anda tidak boleh fikirkan juga ada,” katanya.

Dr Mahathir Mohamad tiba di Terminal Boustead Cruise Center untuk melawat kapal layar mewah Equenimity yang dikaitkan dimiliki taikun Jho Taek Low atau Jho Low.

Dr Mahathir, yang tiba pada jam 11.30 pagi, disambut oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Perdana Menteri, yang disertai oleh rombongan menteri, antara lain, dilihat menaiki kapal kontroversi itu pada jam12.04 tengahari sebelum meningalkan kapa itu sejam kemudian pada 1.08 petang ini.

Antara menteri yang turut menyertai Dr Mahathir ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.

Turut hadir Ketua Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Ketua Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Kapal layar kapal berharga AS$250juta (RM1.02 bilion) kini berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center selepas tiba dari Indonesia pada hari Selasa lalu.

 

Berita menyusul lagi..