Malaysia Dateline

Mahathir ingatkan Najib pujuk Trump tarik balik hasrat AS di Baitulmaqdis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak agar dapat memujuk rakan sejawatannya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menarik balik keputusan menjadikan Baitulmaqdis ibukota Israel pada Persidangan Khas OIC yang akan berlansung di Istanbul, Turki esok.

“Saya berpendapat mesyuarat yang akan diadakan di Turki berkenaan Baitulmaqdis satu mesyuarat amat penting.

“Saya difahamkan PM Malaysia Najib akan hadir…ia boleh memainkan peranan amat penting kerana dia sahabat karib Donald Trump.

“Ini kerana baru-baru ini dia memberi jaminan menjaga kepentingan AS kerana sanggup membeli kapalterbang dengan kos RM20bilion.

“Saya yakin jika Najib pergi berjumpa Trump sebagai sahabat karib dia boleh pujuk Trump. Memandangkan dia begitu baik, begitu rapat dengan Trump,” ujarnya sinikal dalam video yang dipaparkan di laman rasmiĀ  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tonton video:

Dr Mahathir merujuk kepada kenyataan Najib baru-baru ini dilaman twitternya yang berkata beliau akan hadir pada Persidangan Khas OIC di Istambul pada esok.

Najib berkata, beliau tidak redha nasib umat Islam tertekan dalam apa jua keadaan, Saya nak beritahu mereka bahawa Umno, umat Islam Malaysia akan tentang habis-habisan, sampai bila-bila takkan kita terima, katanya.

Pengerusi BersatuĀ  itu berkata, dengan lawatan Najib ke Amerika Syarikat bertemu Trump pada September lalu, beliau percaya Najib akan berjaya memujuk Trump bagi tujuan menyelamatkan umat Islam di Palestin jika beliau kembali ke ‘Rumah Putih’ untuk membincangkan isu Israel-Palestin ini.

“Saya yakin dia mempunyai kupayaan ini memandangkan dia begitu rapat dengan Trump dia dapat membuat lawatan ke AS secepat mungkin untuk menjayakan cita-ita umat Islam yang kini amat berharap kepada Najib,” ujarnya.