Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mahathir kata pengganti Maszlee akan diumum tidak lama lagi

Mahathir kata pengganti Maszlee akan diumum tidak lama lagi

ARIF ATANJanuary 2, 2020 5:39 pm




Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini memberitahu pengganti Dr Maszlee Malik untuk jawatan Menteri Pendidikan akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menerima peletakan jawatan itu yang berkuatkuasa esok.

Menurut Pengerusi Bersatu itu, Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” kata Dr Mahathir.

Maszlee sebelum ini merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Keputusan Maszlee meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berlaku selepas penentangan ekstrem Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) terhadap pengenalan tiga muka surat pengajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil.

 

Pada 28 Disember lalu, keputusan gabungan Dong Jiao Zong itu untuk mengadakan kongres di Kajang berkenaan isu tersebut dibatalkan ekoran perintah mahkamah.

Bagaimanapun, sehari selepas itu, Kongres Jawi Kebangsaan anjuran Pasukan Tindakan Seni Khat atau Seni Khat Action Team (Sekat) berlangsung.

Mereka memberitahu akan membawa tujuh resolusi kepada Kementerian Pendidikan pada 30 Disember lalu.

Antara tuntutan mereka termasuklah menangguhkan dan membincangkan pengenalan jawi di sekolah selain membantah pelaksanaannya yang dilakukan secara paksaan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Mengapa kilang masih beroperasi walau sudah ada kluster Covid-19?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production