Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mahathir letak jawatan selepas dituduh gila kuasa

Mahathir letak jawatan selepas dituduh gila kuasa

ARIF ATANFebruary 26, 2020 5:16 pm




Selepas dua hari meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi tampil memberikan perutusan khas.

Dalam perutusan secara langsung melalui TV1 tepat jam 4.45 petang itu, beliau terlebih dahulu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia ekoran tindakannya menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.

“Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Mahathir turut menjelaskan sebab peletakan jawatannya antaranya tuduhan bahawa beliau tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

“Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai ‘be all and end all’ adalah matlamat saya.

“Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah ‘a means to an end’ ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara,” jelasnya.

Perdana Menteri Interim itu menyatakan akan mengutamakan kepentingan negara berbanding pemerintahan berasaskan parti.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa
sekarang.

“Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” tegasnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production