Malaysia Dateline

Mahathir mohon maaf langgar SOP sedia terima tindakan

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memohon maaf di atas kegagalan beliau menyukat suhu badan ketika hadir dalam beberapa program di Langkawi baru-baru ini.

Beliau mengakui telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila memasuki sebuah surau Tsunam Batu Arang, Kuala Triang Kuah.

Pada 8 Mei lalu, beliau balik ke Langkawi bagi memenuhi beberapa program menuampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta Aidilfitri di kawasan Parlimennya.

“Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP,” katanya.

Beliau juga bersedia menerima tindakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Katanya, SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya COVID-19 ini.

“COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan.

“Kita tidak harus ambil ringan.

“Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pekan Najib Tun Razak dikenakan kompaun RM3,000 atas dua kes pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu tidak mengambil suhu dan gagal mendaftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera.