Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai

Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau akan mengadakan majlis rumah terbuka 24 Julai minggu depan sebagaimana yang disebarkan oleh media sosial.

Menurut firma guaman Tetuan Syed Iskandar Syed Jaafar, pihaknya diarahkan untuk membuat penafian mengenai majlis tersebut.

“Adalah dengan ini yang firma kami di arahkan pejabat YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memaklumkan bahawa tiada sebarang rumah terbuka oleh YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad akan di anjurkan pada tarikh 24hb Julai 2016 dan semua pihak di minta mengambil maklum.

“Makluman ini ialah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta kesulitan yang mungkin berlaku jika berita ini diterima sebagai benar,” kata kenyataan itu.