Mahathir nak bunuh BN, akan pecat Muhyidin dan Mukhriz, kata Ku Nan

Mahathir nak bunuh BN, akan pecat Muhyidin dan Mukhriz, kata Ku Nan

Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Barisan Nasional (BN) ditewaskan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan gabungan itu, kata setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata bekas perdana menteri itu telah cuba menjatuhkan presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang niatnya mahu menjatuhkan BN pula.

Tengku Adnan bercakap kepada pemberita di Parlimen semalam.

Beliau berkata UMNO tidak dapat menerima hal ini.

“Adalah amat jelas beliau kini bersama pembangkang dan beliau mahu membunuh parti,” katanya.

Menurut laporan, Dr Mahathir membuat kenyataan itu pada satu majlis di Shah Alam pada Sabtu.

Sementara itu, setiausaha agung UMNO itu berkata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu dipecat dari parti.

“Cadangan peribadi saya…kalau saya, sudah lama saya pecat mereka,” katanya dan mengambil perhatian bahawa Datuk Seri Mohamed Shafie Apdal tidak hadir bersama di pentas pembangkang.

Beliau berkata Majlis Tertinggi UMNO akan membuat keputusan mengenai isu itu pada mesyuaratnya pada hujung bulan ini, dengan usul telahpun dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin parti.

TAGS