Malaysia Dateline

Mahathir peneraju ‘Asean Baharu’?

Terdapat kelainan dalam Sidang Kemuncak Asean Ke-33. Ini kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadirinya. Kelainan juga ialah kerana seperti kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai pemimpin Asean paling kanan ketika ini, banyak pihak berharap Dr Mahathir akan menunjukkan kepemimpinannya dalam beberapa isu yang dihadapi rantau itu.

“Ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap peranan Dr Mahathir dalam Asean.

“Kami mendengar perkara ini beberapa kali pada mesyuarat tidak rasmi sebelum ini. Ada jangkaan tertentu daripada banyak pihak, khususnya kerana beliau kembali selepas 15 tahun dan kami menjangkakan satu keputusan yang membuahkan hasil,” katanya.

Dr Mahathir membangkitkan isu penyatuan serantau, perdagangan dan keselamatan kali ini.

Saifuddin berkata, Dr Mahathir ….menyentuh beberapa isu rantau itu, termasuklah keperluan ASEAN mengekalkan perpaduan dan inklusif dalam erti kata yang sebenarnya.

Perkara lain yang mungkin dibangkitkan termasuklah isu membabitkan kebimbangan terhadap penempatan semula pelarian Rohingya.

Seperti Malaysia Baharu, Mahathir membawa konsep Asean Baharu ke dalam pertubuhan serantau ini.

Apakah yang baharunya? Walaupun ia mungkin dilihat sebagai idea lama, tetapi Mahathir mengutarakan konsep mengutamakan Asean dengan melihat dunia dari kaca mata Asean.

Mahathir mengatakan yang beliau ingatkan dasar ekonomi terbuka supaya barangan buatan Malaysia dipasarkan ke serata dunia menjadi seperti China. Beliau juga mahukan Asean bersikap terbuka dalam perdagangan dan mengelakkan daripada halangan perdagangan dan dasar faham perlindungan.

Dapat kita fahami daripada fikiran Mahathir ialah sikap anti-kolonilisme dan bersikap nasionalisme ekonomi dan inginkan negara kecil bersuara dalam isu perdagangan antarabangsa dengan tidak ditindas oleh negara kuasa besar perdagangan.

Asean tidak seharus terperangkap dalam perang dagang Amerika Syarikat (AS) dan China. Asean harus berdikari dan tidak bergantung kepada kedua negara kuasa besar itu. Dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN, mestilah banyak dagangan dalaman antara negara anggotanya. Dalam pertanian misalnya, ASEAN sudah mampu berdikari terutamanya dalam makanan ruji seperti padi.

Dalam hal ini Asean boleh menjadi kuasa ekonomi serantau yang disegani. Oleh itu sebab itu Mahathir mencadangkan menhidupkan semula Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC).

Pada masa sama, Mahathir, yang dikenali sebagai pemimpin yang lantang, berkata negara membangun tidak bersikap tidak adil kepada negara sedang membangun.

“Negara membangun di Barat memberitahu kita mampan, mampan… yang bermakna bahawa anda tidak boleh lakukan ini, itu. Kerana ini adalah salah, ini merosakkan hutan anda, haiwan, habitat dan macam-macam lagi. ”

Bagaimanapun, bila mereka membangun, mereka tidak mempunyai masalah ini, mereka tidak bercakap mengenai pembangunan mampan atau sesuatu yang seperti itu.

“Mereka menebang semua pokok mereka. Ingat Robin Hood dan Hutan Sherwood? Sudah tidak ada Hutan Sherwood sekarang ini. Jadi, sekarang mereka memberitahu kita bahawa kita mesti menyerap karbon dioksida yang mereka hasilkan. Ini tidak adil,” sindir beliau.

Sikap Mahathir dalam menegur China adalah amat wajar dan inilah sikap yang perlu ada kepada ASEAN, walaupun dipandang kecil tetapi cili padi yang berani menegur kuasa besar yang cuba mengeksplotasi negara kecil atau mengambil kesempatan di atas kelemahannya.

Perkara kedua dalam hal ini melalui konsep Asean Baharu ialah Mahathir mengajar negara-negara anggota Asean mempunyai pendirian dan tidak tunduk kepada negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) mahupun China.

Mahathir mahuan Asean mempunyai tulang bekalang sendiri. Bahkan Mahathir mahu menghidupkan konsep Zon Bebas dan Berkecuali iaitu Zofpan, mahukan Selat Melaka dan Laut China Selatan supaya bebas dari campur tangan kuasa asing.

Asean tidak septutnya bergantung kepada mana-mana kuasa untuk keselamatan dan kestabilan. Mereka sahaja hidup berganding bahu tetapi perasaan tidak percaya dan saling curiga dan tidak boleh jiran lain ada kelebihan membuat Asean ada pada namanya sahaja dan rasmi di medan pertemuan atau sidang kemuncak, politik belakang tabir menjadi lain pula.

Mahathir berkata, kumpulan 10 ahli itu seharusnya mengetepikan perasaan wasangka bagi membolehkan kumpulan itu melaksanakan prinsipnya untuk memberi kemakmuran kepada jirannya.

“Terdapat beberapa perasaan yang berlarutan yang mana kita tidak boleh percaya antara satu sama lain. Bagaimanapun, kita tahu dengan pasaran yang ada kita boleh menjadi sebuah kuasa yang sangat besar, tetapi setiap negara mempunyai undang-undang dan dasarnya,” katanya.

Beliau percaya bahawa, jika undang-undang dan dasar, terutama yang berkaitan dengan pelaburan dapat diselaraskan, Asean boleh maju dengan pantas.

Walaupun konsep Zofpan mungkin telah lama dan buruk tetapi semangat itu haruslah diperbaharui dan dihidupakan bagi menjadi Asean tidak mudah dikotak-katikkan oleh mana-mana kuasa besar.

Sikap ketiga Asean baharu ialah melihat pemyatuan Aseam sebagai kuasa ekonomi serantau. Mahathir sedih kerana Asean tidak memanfaatkan sepenuhnya potensinya sebagai kuasa besar ekonomi, walaupun mempunyai sumber yang banyak dan pasaran pengguna hampir 700 juta orang.

“Nusantara ini penuh dengan sumber yang kaya, bukan sahaja minyak tetapi terdapat juga banyak galian. Kita tidak mengeksploitasinya dan jika kita keluarkan galian ini, kita boleh menggunakannya untuk menghasilkan barangan dan menambah nilai,” kata Perdana Menteri.

Asean pada masa ini mempunyai penduduk hampir 700 juta orang yang mana ia semakin kaya, tetapi yang anehnya adalah, seperti Malaysia, ia juga adalah kumpulan pengguna, katanya.

“Mereka hanya membeli dan menggunakan barangan dari luar, sedangkan dengan jumlah populasi ini, ASEAN boleh menjadi pusat pengeluaran besar seperti China.

“China sebelum ini miskin, penduduknya juga miskin tetapi kerana populasinya sangat besar, penggunaan tempatan menyokong industri tempatan.

Justeru, Asean boleh menjadi kumpulan yang sangat besar dan menjadi lebih kaya,” jelas Mahathir.

Inilah wawasan Mahathir terhadap konsep Asean baharu.

Mahathir berkata, Malaysia sebenarnya sudah mencapai banyak sasaran yang digariskan di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Antara 17 SDG itu adalah tiada kemiskinan, sifar kelaparan, air yang bersih, pendidikan berkualiti, persamaan jantina, pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi, bandar raya mampan dan tindakan iklim yang perlu dicapai menjelang 2030.

*Penulis adalah Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel)