Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mahathir pengerusikan mesyuarat pertama MPN

Mahathir pengerusikan mesyuarat pertama MPN

BernamaJanuary 22, 2020 7:00 am




Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasai mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Produktiviti Negara (MPN) bagi tahun 2020.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali melalui laman Instagramnya berkata, MPN adalah satu platform yang membincangkan hala tuju strategik bagi memperkasa agenda produktiviti negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi mapan dan inklusif untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Mohd Zuki turut memuat naik dua keping gambar mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata MPN dihidupkan semula pada Februari 2019 bagi menetapkan panduan dan hala tuju strategik untuk memacu produktiviti negara secara menyeluruh.

“Keanggotaan MPN telah disusun semula supaya keahliannya terdiri daripada golongan berpengalaman dan berkepakaran untuk mengenal pasti isu dan masalah produktiviti di semua peringkat,” katanya di laman Twitter beliau. – BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production