Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan ketulusan janji Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadap peneroka Felda dengan mengumumkan insentif pada sambutan Hari Felda pada Julai lalu, dakwanya, yang masih lagi belum tertunai.
“Dia janji RM5,000 atau pun RM10,000 ribu. Tapi adakah dia mampu untuk bayar? Dia boleh janji apa saja kerana dia nak undi. Tapi tuan-tuan semua cuba fikir, siapa yang akan bayar?” soalnya ketika berucap pada siri ceramah Semarak Kasih Felda di Pusat Bandar Jengka semalam.
Janji Najib kepada peneroka Felda bermula ketika pentadbirannya memutuskan untuk membentuk Felda Global Ventures Holdings (FGV) pada 2012 dan menyenaraikannya dalam pasaran saham, kata Dr Mahathir.
“Bila dia nak senaraikan pada bursa dia janji kepada peneroka semua kalau harga saham naik RM4 to RM10, semua kamu akan jadi jutawan.”
“Sejumlah 77,934 keluarga peneroka membuat pinjaman lebih daripada RM3,600 bagi membayar 800 unit saham FGV pada 2012. Setiap bulan, RM50 akan ditolak untuk membayar pinjaman itu.
“Bagaimanapun, harga saham FGV jatuh mendadak daripada RM4.55 seunit kepada RM1.66 seunit.Kerajaan sudah berikrar untuk melangsaikan hutang peneroka yang membuat pinjaman bagi membeli saham itu.
“Tapi tengok la harga saham sekarang. Siapa yang betul-betul dapat kelebihan daripada FGV?
“Kalau Najib nak bagi duit untuk dapatkan undi saya mintak tuan-tuan mesti fikir dengan mendalam. Kerana kalau kita jual undi kita, nescaya Malaysia akan bertambah rosak dalam lima tahun kemudian kerana kerajaan yang kita ada dipimpin pencuri.” ” kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Ceramah yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) itu adalah usaha terbaru pembangkang untuk meraih undi di Felda, kawasan pembangunan tanah terbesar negara yang mempunyai 54 kerusi Parlimen.
Ia juga ceramah pertama yang dilakukan selepas Najib mengumumkan pakej insentif pada sambutan Hari Felda yang lalu.
Pakej yang diumumkan itu termasuklah bonus khas bernilai RM5,000 yang sepatutnya disalurkan pada hujung Ogos untuk 95,956 keluarga berjumlah RM474.78 juta dan pelbagai insentif lain untuk membantu melangsaikan hutang peneroka.
Antaranya adalah pelangsaian hutang sebanyak RM5,000 untuk setiap peneroka yang memilih melakukan penanaman semula dengan Felda. Sejumlah RM519 juta diperuntukkan untuk insentif ini.
Geran bernilai RM300 juta juga diberikan untuk pelangsaian hutang pinjaman yang diambil peneroka bagi melakukan penanaman semula tanah mereka.

Menurut Jabatan Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Deen Qassim beliau memetik kata-kata seorang tokoh guru dan ilmuan (tanpa menyebutkan siapakah nama guru/ilmuan) dipetik berkata sebagai:”Jika mahu melihatkesungguhan seorang bapa dan kejayaan anaknya maka lihat ketika hujan lebat, iaitu si bapa sanggup menghantar anaknya ke sekolah dan anaknya pula sanggup ke kelas walaupun dalam keadaan hujan lebat.
“Seorang tokoh ilmuan berkata, jika mahu melihat kesungguhan pemimpin dan rakyat gembeling tenaga untuk berjaya dalam PRU maka tengok juga ketika hujan, iaitu si pemimpin sanggup bersama disamping rakyat sanggup berbasahan walaupun dalam keadaan hujan lebat.” ujar petikan itu.
Justeru Deen berkata, ia selari dengan perjuangan tokoh-tokoh politik dalam Pakatan Harapan.
“Situasi ini ada ada PPBM dan PH sekarang, tidak ada dalam BN.” ujarnya yang merujuk kepada situasi di mana rakyat yang terdiri dikalangan peneroka Felda berpusu-pusu untuk mendengar ucapan barisan tokoh politik yang hadir untuk berceramah walaupun hujan lebat ketika majlis berlansung.