Mahathir saman Najib tuntut ganti rugi RM26.042 bilion

Mahathir saman Najib tuntut ganti rugi RM26.042 bilion

Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salahlaku tort misfeasance dalam penjawat awam.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

(dari kiri) Anina, Mahathir dan Khairuddin hari ini memfailkan saman salah laku Perdana Menteri Mohd Najib Razak melalui firma guaman dilantik Tetuan Haniff Khairi.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salahlaku tort misfeasance dalam penjawat awam.

Menurut kenyataan rasmi  dikeluarkan firma Tetuan Haniff Khairi, tindakan ini diambil lanjutan amalan korups dalam pengambilan langkah-langkah aktif dan sengaja dengan niat jahat dan mala fide untuk menghalang,mencampuri dan menindas, menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri yang telah dikelolakan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan berkanun .berhubungan dengan skandal kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kemasukan dana  RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Anina dalam status media sosialnya berkata, beliau memgambil keputusan nekad mengheret Najib ke muka pengadilan bersama-sama Mahathir dan Khairuddin kerana mencari kebenaran.

TAGS