Malaysia Dateline

Mahathir sangkal dakwaan peletakan jawatan punca berlaku krisis politik

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan beliau menjadi punca berlaku krisis politik selepas meletakkan jawatannya pada 24 Januari lepas.

” Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan? Saya yang kononnya disokong oleh parti Kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Tun Razak dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya? Ini tidak masuk akal,” ujarnya dalam tulisan di blognya hari ini.

Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan khas semalam yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen di negara ini.

Kata Ahli Parlimen Langkawai itu lagi, apa yang sebenarnya berlaku beliau meletakkan jawatan kerana dalam pengakuannya di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, beliau tidak dapat sokongan dariapda penyokongnhya.

“Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.

“Di Istana peletakan jawatan saya diterima. Saya diarah pegang jawatan Perdana Menteri buat sementara (interim).

“Siapa yang akan ganti saya?

“Rakyat bosan dengan orang politik yang lebih utama politik dari pentadbiran yang baik,” ujarnya.

Justeru beliau telah mencadangkan agar diadakan sebuah Kerajaan Nasional.

“Bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai Kerajaan. Orang parti juga akan menyertai Kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka.

“Tetapi cadangan saya ditolak. Saya pun letak jawatan. Dan berlarutanlah krisis ini.

“Saya tidak tahu bila ia akan tamat?,” katanya.